Selasa, 12 November 2013

Happy Anniversary IdaKelo - Pertama Kali

Alhamdulillah. Syukur pada Allah diberikan jodoh yang sempurna. Tarikh keramat 10-11-12 adalah tarikh saat kami diijabkabul. Dan kini 10-11-13 hari ahad, kami akhirnya sudah setahun bergelar suami dan isteri. Doa kami agar kami bahagia berpanjangan, jodoh berkekalan dan dimurahkan rezeki.

Petang tu jugak kami celebrate anniversary kami. Syukur! Walaupun sederhana kami gembira. Sebenarnya keadaan suami ketika ini tak mengizinkan, tak sihat tapi masih ok untuk bersama-sama saya meraikan. Plan hanimun terpakse ditangguhkan disebabkan suami sukar untuk cuti panjang di akhir2 tahun ini. It's ok bEe. Sayang faham.

Saya pakai baju baru, tudung baru.hehe. Peace yo! Tengok muke suami yang tak sihat, nak senyum pun payah. Suh makan ubat tak nak. Yang penting b kite yang punye!
Kalau orang kat Tanjung malim mesti tau kat mane Easy Cafe ni. Cafe yang menyajikan western food. Not bad la rase die.
Tropica Fizz. Air sedap.
Tak silap la name yer Grilled Lamb Chop Salad. Suami tak suke sayur, jadi saya lah yang makan salad tu. Salad die rangup and ade rase manis sikit.

Ni saya punye. Cheese Grilled Chicken Chop with Potato. ok sangat muak dengan cheese.

Sotong goreng aka Calamari. Sedapla. Semua sedap. Harga pun sedap. Hahaha.

Kalian! doakan kami punya zuriat yang soleh dan solehah ya! Sesungguhnya anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Terima kasih suamiku kerana sentiasa sabar melayan kerenah isterimu yang versi anak-anak ini. Sesungguhnya saya beruntung punya suami sabar seperti kamu.

Isnin, 30 September 2013

Kami

Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Walau ada cabaran, jalan penyelesaian pasti ada.

Jumaat, 28 Jun 2013

Pelamin Impian Ku Musnah

Tajuk memang nampak semacam tapi jangan salah faham tiada kena mengena dengan perhubungan kami suami isteri. Cuma ingin bercerita kisah sedih dan kecewa teramat tentang disebalik kemeriahan majlis perkahwinan saya. Biasalah bak pepatah orang melayu "rumah siap, pahat berbunyi".

Cerita begini.
Sebelum kami decide butik perkahwinan mana yang harus bertanggungjawab untuk majlis kami, saya terlebih dahulu membuat survey beberapa butik di Teluk Intan. Ada lebih dari 6 butik saya pergi. Buku dairi sentiasa ditangan untuk membuat perbandingan harga. Sebelum itu juga saya google untuk mencari ilham pelamin impian saya. Ok saya dapat. Saya suka sangat.

Pelamin semasa pernikahan Marion Counter dengan SM Nasaruddin atau Fasha Sandha dengan Jejai. Sarat bunga besar dibelakang. Tidaklah 100% sebegitu. Cuma saya mahukan bunga-bunga besar itu memenuhi pelamin itu. Itu point saya. Saya print gambar pelamin itu untuk dibuat rujukan pengusaha butik-butik di Teluk Intan. Beberapa butik yang saya pergi pengusaha butik itu jujur mengatakan mereka tak mampu untuk membuat pelamin seperti itu kerana memerlukan bunga-bunga besar yang banyak. Stok mereka sedikit. 5 buah butik memberi jawapan yang sama. Akhirnya hanya ada 1 butik yang mengatakan BOLEH, BOLEH, BOLEH untuk membuat pelamin seperti ini. Gembira teramat. Bila impian hampir tercapai. Beliau meminta deposit dan saya memberinya dengan jumlah yang agak banyak.

Tiga hari sebelum majlis, pekerja memasang pelamin. Tapi hati saya terasa seperti ada sesuatu yang buruk atau kekecewaan yang akan berlaku. Banyak kemusykilan dengan peralatan pelamin yang tidak sama dengan pelamin impian saya.
Dan ini hasilnya. Saya amat-amat terkejut. Berulang kali saya bertanyakan pada pekerja yang memasang pelamin "adakah bos anda memberitahu pelamin ini pelamin saya". Mereka menjawab "Ia". Jantung saya berdegup kencang menahan marah. Terus saya menghubungi pengusaha butik itu. Dan jawapannya amatlah mengecewakan. Dengan selamba mengatakan "pelamin yang awak minta tu memerlukan kos 2x ganda. Saya tak dapat lakukan". Pakej saya ialah RM2,750.00 dan ini hasil pelamin saya. Berbaloikah? Atau saya ditipu hidup-hidup. Persoalan saya kenapa dia bersetuju untuk buat walhal dia tahu dia tak mampu lakukan seperti butik-butik yang lain? Ya! Saya tertipu. Saya tak boleh tarik balik sebab dia akan burn duit deposit saya.
 Apa perasaan anda bila pelamin anda dikutuk semasa majlis perkahwinan anda? Ya saya mengaku pelamin saya dikutuk kerana terlalu simple. Dari budak kecil sehinggalah pakcik dan makcik yang melihatnya. Suami sentiasa menyuruh saya bersabar. Hanya pelamin katanya. Tapi RM2,750 dengan pelamin bodoh itu tak memadai. Lelaki tahu apa. Masa itu hati memang terbakar.

Itu cerita pelamin. Ini cerita baju pula.
Ini contoh baju isteri pelumba basikal Azizulhasni. Saya suka. Saya tempah baju baru berikutan saiz badan saya yang agak agam. Dan ini hasil baju itu.
 Apa yang saya rasa tertipu apabila dia berkata disebabkan saya ambil pakej yang agak mahal saya dapat baju baru iaitu baju lelaki dan perempuan dengan harga RM500. Saya memang tak percaya. saya setuju dan seperti biasa deposit diperlukan. Saya bagi RM300 atas permintaan dia.
Hari untuk fitting baju saya tanya bagaimana dengan baju? Dengan selamba dia berkata baju RM500 hanya untuk perempuan sahaja. Baju lelaki guna yang ready made. Terkedu saya. Alasan katanya baju baru untuk perempuan ini dijahit di Indonesia kerana butik ini menggunakan khidmat tukang jahit ini di Indonesia. Bengangnya saya ketika itu. Mencarut dalam hati.
Kenapa saya masih meneruskan menggunakan khidmat butik dia kerana saya sudah memberi deposit yang banyak kepada dia dengan janji-janji manis pengusaha butik di Teluk intan ini. Saya pasrah tapi penipuan itu saya tak redha. Perniagaan tak berkat melalui penipuan akan musnah dengan balasan Allah. saya sarankan pada rakan-rakan jangan berurusan pengusaha butik seperti ini. Kaya dengan hasil penipuan.

Tapi Allah memang Maha Penyayang. Allah membalas kegembiraan di majlis sebelah lelaki. Dengan harga RM1000 saya mendapat meja beradab atau makan damai dengan pelamin sekali. Fahamkah? Tengok gambar. Pada asal ini meja makan damai. Selepas dialihkan meja makan itu menjadi sebuah pelamin yang bagi saya nampak cantik. Saya tidak menyangka langsung tapi pengusaha di Butik Tradisi Temerloh ini sangat baik.

Ini saya suka.
Masa ini saya amat gembira kerana dapat melupakan peristiwa hitam itu. Hijau warna kesukaan suami saya. Kisah ini saya anggap sebagai pengajaran pada B2B Bride diluar sana.
Berhati-hati ya bila berurusan dengan pengusaha butik sebegini.

Saya dan Highway Semakin Serasi

Malam tadi saya bermimpi menjadi heroin dari menghalang seorang pembunuh dari membunuh orang kampung. Tak semena blogger popular Ailyl Rozana turut ada dalam mimpi itu. Lucu sungguh.
Abaikan mimpi itu yang mebuat saya terjaga jam 3 pagi.

Cerita saya.
Setiap hujung minggu saya pasti akan pulang ke rumah di Tg malim untuk bersama suami. Setiap hujung minggu jugalah kehidupan saya bertemu dan berjalan di atas highway PLUS dan GUTHRIE. Satu jam setengah masa saya dihabiskan di atas jalan. Dan saya sudah serasi dan faham.
Dimana lopak harus dielak.
Dimana speed trap harus diperhatikan.
Dimana kawasan yang bahaya terutamanya Bukit Tagar dan Lembah Beringin yang dikatakan agak keras.
Pengorbanan seorang isteri untuk suami. Ada juga yang berkata "eh! sepatutnya suamilah yang bersusah sebegini? atau "suruhlah suami kerja area sini? atau " kenapa awak tak cari kerja disana sahaja?

Persoalan perlukan jawapan. Dan jawapan sama sahaja perlu saya berikan sehinggakan saya naik bosan. Sebenarnya benda ini semua sudah ditakdirkan. Itu takdir saya. Berjauhan dengan suami tak buat saya berasa tak dicintai tapi lebih dicintai dan dirindui. Bayangkan kiranya hari-hari kita bersama suami, mungkin ada rasa jemu. Mungkin lah. Sebab saya tak rasa. Bagi saya berjauhan itu manis jika kita fikirkan input yang positif. Kualiti hubungan juga lebih menarik.

Jawapan ini bukan untuk menyedapkan hati tapi seseorang yang tidak berpeluang merasa apa yang saya rasa mungkin anda rasa saya seorang yang kasihan atau kuatnya saya. Saya mula sudah terbiasa. Kehidupan kini penuh dengan cabaran. Sara hidup yang tinggi membuatkan kita lebih berusaha supaya tidak ketinggalan dari semua aspek. Kebahagian boleh dicari melalui keserasian.
Suami ok, saya pasti ok.
Indahnya andai highway itu sebegini cantik. Tatkala leka menatapi keindahan flora, destinasi dituju pasti terasa cepat. Tapi highway di Malaysia belum ada.

Isnin, 17 Jun 2013

Asam Rebus Ikan Siakap Putih

Ini kali pertama saya memasak untuk suami di rumah sendiri. Alhamdulillah. Seronok rasanya menjadi suri rumah di hujung minggu. Memang makan sajalah suamiku. Pagi sabtu suami kerja, saya pula ke pasar pagi seorang. Tak apalah. Demi semangat memasak pergi sajalah. Pagi itu saya berbelanja mencecah rm100. Terkejut tak? Haha. Banyak benda untuk dapur yang masih perlu diisi. Selain barang basah dan kering saya juga membeli kuali, lesung batu dan banyak lagi lah.
Saya geram juga dengan peniaga ikan Cina ini. Asalnya saya ambil 2 ketul ikan sahaja. Tapi bila balik rumah, ada 3 ketul. Haish! Mengambil kesempatan betul. Sungguh keji.

Saya mahu kongsi resepi Asam rebus Ikan Siakap Putih. Mak saya yang ajar. Saya suka masakan ini. Ringkas dan cepat.

Bahan A :
1. Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Cili Padi
(Semua diatas ditumbuk atau diblender)
4. Serbuk kunyit
5. Garam dan gula

Bahan B :
1. Ikan Siakap Putih
2. Daun Kesum/ Bunga Kantan
3. Daun Kunyit
4. Asam Keping
5. Tomato
 Ini ikan siakap putih
 Ini daun kesum, daun kunyit, asam keping dan tomato

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukan bahan A dan masak sehingga naik bau selepas itu masukkan air disertakan sekali sedikit serbuk kunyit untuk nampak kekuningan.
3. Tunggu sehingga menggelegak dan terus masukkan ikan, daun kesum, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah ikan masak masukkan tomato dan daun kunyit.
5. Tadaa dah siap!! Rasa masakan ini masam masam gitu.

 Inilah Asam Rebus Ikan Siakap Putih
Inilah lunch kami. Telur dadar adalah wajib untuk suami.
Ini Ikan Ayam. Sebenarnya saya lebih suka meggunakan ikan ayam dari ikan siakap putih ini. Tapi pasar tani Tg malim tak jual. Ikan ayam ini sejenis ikan tau.

Alhamdulillah punya suami yang pembersih dan rajin membantu didapur. Syukur sangat. Saya masak suami membasuh baju. Saya mengemas suami sibuk juga mengemas. Yang penting selepas makan dia pasti akan membasuh pinggannya sendiri tanpa membiarkannya. Itu saya suka. Welldone suami.

Jumaat, 31 Mei 2013

Saya Menang Suami Merajuk

Jumaat lepas adalah hari wesak hari cuti bagi warga Selangor. Hari yang busy bagi saya untuk urusan pindah barang dari Puchong ke Tg Malim. Suami menunggu di Tanjung Malim sahaja.
Lupa. Ya! saya lupa minggu itu cuti sekolah baru bermula. Highway PLUS sangatlah padat dengan kereta. Jammed. 60km/j sahaja yang mampu di pacu. Kerja gila.

Kini rumah di Tanjung Malim saya sudah complete. Suami hanya langkah kanan. Hanya membawa bantal dan tilam bujangnya. Tapi semua itu sudah tak digunakan lagi. Kami punya katil bersaiz queen. Kebetulan pekerja Astro datang semasa kami sedang mengemas. Saat itu juga dapat siaran. Dan saya dapati kami tidak serasi dari segi memegang tv remote control. Hahaha. Suami sukakan sukan, saya sukakan hiburan. Maka berebut lah untuk memegang remote. Bila saya menang, suami merajuk. Suami menang, saya tidur.
Hai suami! Kita perlukan 2 biji tv nampaknya.

Walaupun punya rumah di Tg malim, kami masih suami isteri hujung minggu. Huh! Saya masih di Puchong. Bersabarlah ida. Ada hikmah atas percaturan ini.

Ape lagi. Mahu ke IKEA untuk deco rumah. Berangan.

Isnin, 27 Mei 2013

Kami dalam Harian Metro

 
Percaya tak?? Kami dalam ruangan klik pengantin.
Harian Metro 24 May 2013 hari jumaat lepas.
Ketawa melihat muka sendiri.

Pagi itu saya menjemput rakan saya mengajak membantu saya untuk pindah rumah. Sebelum itu kami berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Rakan membeli paper Harian Metro. Tajuk muka hadapan mengisahkan semua pembunuh Sosilawati dihukum gantung.
Tiba-tiba rakan saya menjerit sekuat hati. Oh! Terkejut. Saya bertanya kenapa? Rakan menjerit lagi kenapa muka ini? kenapa muka ini?  saya bertanya lagi kenapa? Ok saya tahu kenapa. Firasat saya yang memberitahu. Tenyata tepat sekali. Terus sms suami menyuruhnya membeli paper Harian Metro.
Terdetik hati saya ingin masuk ruangan ini. Saja mencuba nasib. Pada 10 may saya email pada metromag@mediaprima.com.my. Dan saya memang tidak menyangka cerita ini akan keluar dengan cepat. Mana mungkin hati tak berbunga. Kisah cinta satu malaysia melihat. Ketawa saya. Rakan-rakan banyak bertanya adakah kamu? Ya saya. Ketawa lagi.

Ha! Andai kamu ingin memasuki ruangan ini hantar sahaja email ke metromag@mediaprima.com.my dan ceritakan setiap peristiwa perkahwinan anda.

Khamis, 23 Mei 2013

Pertama Kali Saya Makan Itik

Tak percaya kan??
Betul lah. Ini kali pertama saya makan itik. Saya rasa itik sangat comel untuk dimakan.
Pendapat saya rasa ayam lebih sedap dari itik. Sebab saya peminat tegar ayam. Tapi ada pendapat mengatakan itik lebih berkhasiat dari ayam. Setuju!!

Saya telah melanggar pantang untuk tidak menyentuh makanan yang boleh menyebabkan alergik menyerang. Ya! Saya seorang yang sangat degil bab menjaga makanan. Saya langgar. Malam itu juga saya sudah standby ubat sapu gatal, losyen gatal dan ubat alergik.

Semalam saya ke Restoran Cina Muslim iaitu Mohd Chan Abdullah di Shah Alam Sek 15. Restoran ini rasanya sudah banyak dibuka. Antaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Bangi dan banyak lagi.
Disinilah saya merasa itik panggang, ayam Lemon dan Singkong Tauhu. Itu sahaja. Saya rasa macam banyak. Memang menu disitu banyak dan semuanya melazatkan, tapi cukuplah. Makan 2 orang dalam rm60.00. Kawan saya belanja. Gelak besar. Terima kasih kawan.
 

Itik Panggang
(sedap tapi sejuk semasa dihidangkan.)
 Singkong Tauhu
(Sangat suka tauhu die. sebab tauhu die lain dari lain. tauhu itu warna kuning. lembut dan lembik. sangat sedap. mahu repeat order bila kesini nanti)
 Lemon Chicken
(Sedap. Nampak sos kuning. itulah sos lemon.)
Limau Asam Boi

Satu hari mahu ajak suami makan disini. Mahu ajak makan ketam lemak manis. Macam sedap. Lagi sedap kalau suami belanja. 

Selasa, 21 Mei 2013

Detik Itu Sangat Indah

Detik indah atau saat indah pasangan suami isteri yang hidup berjauhan seperti diri ini.

Malam itu malam yang lewat. Kami diruang tidur bercerita kisah sepanjang minggu itu.
Malam itu juga saya baru berikan hadiah hari lahir dia tahun lepas.
Dia suka pemberian itu. Langsung terus guna.
Ucapan terima kasihnya berulang kali dibibirnya.
Itu sahajakah? Pertanyaanku pada dia sambil memalingkan pipiku.
Lalu diberikan satu ciuman.
Okai! Terkesima sekejap.
Indah! sangat indah memori itu. Pasti ingat sampai mati.

Hujung minggu sahaja bahagia. Lain orang hari-hari bahagia. Saya??
Itulah PJJ Atau Perhubungan Jarak Jauh.
Bukan semua merasa apa yang saya rasa. Menjadi suami isteri dihujung minggu. Doakanlah agar saya mendapat pekerjaan berhampiran dia. Saya sayang suami saya. (semua orang pun sama)

Rabu, 15 Mei 2013

Jangan Berkawan Dengan Saya

Ye Betul!
Jangan berkawan dengan saya kerana memang saya tak boleh dibuat kawan. Memang saya akui. Mungkin ada juga rakan lama yang mengakuinya.
Sebab itu saya tak punya ramai kawan dari zaman belajar di Politeknik sehingga sekarang. Saya amat memilih kawan. Amat memilih.

Saya ini seorang kawan yang akan meninggalkan kawan lama apabila saya berjumpa kawan yang baru. Nampak keji kan. Tapi tak semualah. Itu sebab pesanan saya, jangan berkawan dengan saya. Saya serius.

Pedulikan apa orang kata.
Zaman sekolah rendah dan menengah memang saya punya ramai kawan. Saya seorang yang berpengaruh. Semua jawatan disekolah saya sebat dengan alasan markah tinggi bila menjawat jawatan dalam bidang kokurikulum. Tapi hakikatnya biasa sahaja. Tapi puas.
Sambung cerita, sehinggakan suatu hari berlaku rebutan antara 2 sahabat untuk menjadikan saya kawan selamanya. Panjang cerita. Tapi akhirnya, perebutan itu berlaku pengkhianatan. Saya redha. Sejak itu saya malas berkawan. Hanya seorang yang menghulur tangan dan menjadi kawan selamanya sehingga kini. Terima Kasih kawan.

Zaman belajar di politeknik. Ketika ini saya seorang yang sombong untuk mencari kawan. Semester pertama saya tinggal di asrama. Rakan sebilik tak mahu berkawan rapat dengan saya kerana dia punya bff sendiri. Saya redha. Memang terasing ketika itu. Sehinggakan semester kedua saya mencari rumah sewa lain.

Rakan sekelas perempuan pula tak suka berkawan dengan saya juga. Ini kerana saya lebih bijak dari mereka. Fakta. Kerana saya lebih gemar berkawan dengan pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih bijak dari saya. Almaklumlah belajar jurusan elektrik dan elektronik.Bayangkan dalam kelas punya 20 lebih pelajar lelaki dan 7 perempuan.
Cerita pasal 7 pelajar perempuan. 5 melayu 2 india. 5 pelajar perempuan melayu. Hari pertama saya hulurkan perkenalan mereka sambut. Kami berkawan berlima. Tapi lama-kelamaan 5 menjadi 4 kerana mereka mula menyisihkan saya. Ini kerana mungkin kerana saya tidak sekepala. Mereka semua sopan santun, mungkin saya gengster. Saya tak tahu itu kesalahan di dalam etika bersahabat?? Mungkin. Mungkin juga 4 lebih afdal berkawan dari 5. Saya redha lagi.

Bermulalah kehidupan saya berseorangan. Sehingga ditegur rakan lelaki dan bertanya apa yang terjadi. Tak perlu jawapan. Mereka pandai mengagak. Terima kasih rakan lelaki itu. Sehingga semester keempat saya masih bersendiri. Saya ke kafetaria sendiri untuk makan. Saya ke perpustakaan sendiri untuk belajar. Saya pergi ke kelas sendiri. Saya pergi ke tandas sendiri. Mulanya saya rasa seperti alien yang turun ke bumi. Lama-kelamaan ianya sebati. Saya boleh keseorangan. Kami akan kembali berlima pun sekiranya ada perkara yang memerlukan khidmat saya sahaja. Saya ikutkan. Walaupun dalam hati pedih kerana diperlakukan sebegini. Tak mengapalah. Sejak dari itu, saya tak mahu sambung belajar lagi. Tak mahu hadapi hal sebegini. Saya mahu bekerja.

Alhamdulillah. Di alam pekerjaan saya punya kawan. Tapi tak ramai sangat. Bagi saya kalau ramai-ramai ada yang menyakitkan hati, untuk apa kan. Walaupun ada pahit manis dalam dunia persahabatan. Tapi yang pasti saya suka berkawan dengan bukan seusia dengan saya. Mereka matang. Saya sukakannya. Itu pasal suami saya 4tahun lebih tua dari saya. Haha tiada kaitan.


Gambar diatas di syarikat telekomunikasi. Rakan-rakan bekerja sekarang.
Dan gambar dibawah di syarikat automotif. Rakan-rakan lama saya.


Maafkan saya rakan-rakan. Itulah saya. Tapi pada yang ingat saya, pasti saya akan ingatnya semula.

Kerja Gila

Disebabkan banyak sangat makanan yang aku harus pantang (alergik) makanya pagi ni aku bersarapan hanya telan 2 keping roti bersalut coklat nutella. Nah! Mendapat. Jam 11 pagi perut sakit teramat. Masuk angin akibat tak makan pagi. Selalu layan nasi atau bihun. hari ini buat kerja gila makan roti sahaja. memang mendapat.

Baru nak ambil kesempatan nak berdiet. Tapi kalau mcam ini lah sakitnya perut masuk angin macam mana nak diet. Bulan puasa nak dekat dah. Jadi saya kene berlatih dari sekarang tahan lapar. Tapi tak berjaya. Sakit, pedih pula jadinya. Slow-slow lah kayuh. Go Go ida.

Selamat Hari Ibu


Itulah mak saya. Hajjah Mutiah Binti Haji Yaacob. Seorang mak yang garang pada ketika kami kecil dan seorang ibu yang sangat berjimat cermat. Sekarang kami dah besar dan mak x segarang dulu. Semua ada mak kan. Dan tahu kan apa pengorbanan seorang mak pada anaknya. jadi tak perlu bercerita panjang. Satu dunia tahu betapa mulianya seseorang itu yang bergelar Emak. Apa yang penting bagi seorang anak adalah mendoakan emaknya sentiasa sihat dan panjang umur.

Kol mak malam tu :-
Aku : Assalamualaikum mak..Mak! selamat hari ibu..
Mak : Terima kasih. Apa ucapannya..
Aku : emm semoga sihat-sihat selalu (malu-malu nak berkata)
Mak : Itu je ke?
Aku : Ape lagi yer... (tibe-tibe blur padahal banyak nk ucap)
Mak : Laaa doa la mak murah rezeki ke, panjang umur ke..
Aku : Ha! itulah nak cakap tadi..
Mak : Terima kasih yer.
Aku : Sama-sama.

Dan malam itu jugak lebih kurang jam 11 malam saya dilanda alergik yang teruk. Bengkak satu muka, dagu, mata dan mulut. badan usah nak kate lah. Timbul segala gegata. Dan lebih malang stock ubat kehabisan. Memang derita lah malam tu. Tak tidur malam melayan betapa gatalnya. Air garam habis dilumur satu badan tetap tak dapat hilangkan kegatalan tu. Pasrah rasanya. Saya yang merasa dan saya menanggung keseorangan. (akibat suami jauh)..
Ini semua angkara makan ayam di tempat kenduri. Yeah! Mendapatlah saya. Now!! ayam tergolong dalam Alergic List saya. Wuaaaaaa tak mampu bayangkan nak berpisah dengan ayam. Ma feberat!!!!! mak pesan berhentilah dulu makan ayam. Ofismate pula suruh makan ubat cuci darah mungkin ada darah kotor. Ada juga yang suruh bekam. Oh! Terima kasih kerana perihatin terhadap saya. Redha ida. Sabar ida. Allah sedang mengujiku. Semoga saya tabah menjalani kehidupan sehari-hari tanpa suami disisi. Amin Amin.

Sabtu, 11 Mei 2013

Weekend Husband & Wife

Ya! Kami adalah Weekend Husband and Wife.
Suamiku di Tanjung malim, aku di Puchong.
Rasa-rasa happykah hidup sebegini? Tentunya tidak.
Tapi kami sentiasa mencuba untuk bertolak ansur dan saling memahami dengan komitmen masing-masing. Alasan kukuh yang kami akan cakap pada yang akan bertanya :-

 suami dah 10tahun bekerja disana dan aku sudah masyuk kerja disini.
(bukan alasan tapi kenyataan)

So how??
Mungkin detik percintaan selama 4tahun telah sebati didalam diri masing-masing dan membolehkan kami cekal hidup berasingan. Tak semua setuju dengan apa yang berlaku tapi kalau itu sudah diaturkan, kami redha. Kepercayaan dan kasih sayanglah adalah kunci bagi aku dan suami.
Oh! sedih setiap kali berbicara hal ini.
Suamiku,
Aku menjadi kekasihmu pada kamu berusia 26tahun.
Kini kamu sudah 30tahun. Pada umur itulah aku menjadi isteri kamu .
Aku bermohon agar kasih sayang dan cinta mu itu sentiasa untuk diriku walapun kita dipisahkan sebanyak 100km jauhnya.

Ini hadiah untuk hari lahirmu. Walaupun sudah terlewat 5 bulan. Penat berfikir apa lagi yang perlu aku hadiahkan kepadamu. dan jawapannya di dalam bungkusan itu. Lagi. Dan Lagi.

Rabu, 8 Mei 2013

Emak

Kalau anak-anak atau menantu balik kampung,
Mak mesti akan memastikan rumah dalam keadaan bersapu dan mop supaya nampak bersih.
Mak akan memastikan peti ais pulak penuh dengan lauk pauk mentah untuk dimasak nanti.
Mak jugak akan memastikan ubat gigi dan sabun mandi ada dalam bilik air.
Mak jugak akan memastikan bantal dan tilam cukup untuk anak-anak dan menantunya tidur.

Tapi tak semestinya bila mak dah sediakan semua tu anak-anak atau menantu boleh rileks atau makan tidur sahaja. Oh! Nampak kurang bagus disitu. Almaklumlah semuanya sudah terhidang. Balik kampung bukan bermaksud berehat sepanjang masa tapi membantu meringankan kerja mak atau bapak.

Lagi-lagi kalau berpangkat menantu. Huh! Kalau malas dirumah mertua apatah lagi dirumah sendiri. Kalaupun memang ada sifat pemalas, sembunyikanlah sementara.
Kalau bab makan pulak mak pasti akan memasak masakan istimewa tak kira makan pagi atau tengahari ataupun malam. Semuanya kerana mak rindukan suasana ramai-ramai macam dulu.

Bila cuti mula habis, riak muka mak pasti kelihatan sedih. Soalan yang akan ditanya mesti 'bila akan balik lagi'.

Itulah mak saya. Jika aku tak balik kampung dengan suami, aku pasti akan tidur dengan mak. Indah sangat dapat peluk mak ketika mak tidur. Mak pasti akan suruh aku urut-urut badannya sebelum tidur.
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan emak sepertinya. Panjangkanlah umurnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan berpanjangan kepadanya.

Mak, Terima kasih atas segala-galanya. Besar sungguh pengorbanan mak. Sayang mak tiada akhirnya.

Pesanan ikhlas dari aku untuk aku jugak, jangan sesekali lupa memberi ibubapa duit. Kalaupun tak mampu, rm50 atau rm30 pun boleh. Tapi kalau ada lebih, itu lagi bagus. Sebagai ibubapa mereka akan gembira menerima tak kira berapa jumlah kerana bagi mereka, anak-anak masih ingin menghargai jasa mereka ketika mereka membesarkan kita semasa kecil dulu.

Selasa, 7 Mei 2013

Pengalaman Membuang Undi PRU13

Seronok sangat sebab sudah punya pengalaman membuang undi.
Sudah merasai suasana PRU 13. Hangat, panas, terik dan beratur panjang.
Jam 8 pagi sudah berada di sekolah. Ingat paling awal tapi ada yang lagi awal. Masing-masing punya semangat.
Memang happening sangat apabila 6 beradik membuang undi di tempat yang sama.

Aku dan sarah di saluran 5. Memang lancar proses mengundi sebab disini saluran 5 untuk orang yang pertama kali. Tapi kakak aku di saluran 3, memang kene beratur panjang lah. Ini gambar sebelum mengundi.

Pengalaman beratur, check no ic, calit dakwat kekal seperti diatas, dan membuang undi adalah pengalaman yang baru yang tak mungkin dilupa. Debaran terasa bila pen di jari untuk 'tick' pemimpin yang kita mahu. Fuh! Memang sangat berdebar.

Keputusan undian pun semua dah tahu. Yang pasti parlimen di Teluk Intan dimenangi DAP dan Dun pula dimenangi oleh BN. Sama-samalah bersatu. Don't be racist okai. Bukan apa, di laman sosial terutamnya facebook sentiasa tertera status pelbagai info, maklumat, pandangan, komen, fitnah, maki hamun dalam setiap 1 saat. Tanda masyarakat perihatin apa yang berlaku.

Pada yang terlalu fanatik dalam bidang politik, janganlah terlalu taksub. Sederhana sahajalah. Kerana taksub politik juga, boleh hilang saudara, hilang kawan, hilang kepercayaan.

-Saya tak mahu komen banyak kerana ilmu tidak cukup didada untuk bicara tentang politik. Takut mengundang fitnah-

Jumaat, 3 Mei 2013

Petua Hilangkan Gegata

Ha! padanlah muka aku.
Jam 6 petang makan ketam. Memang menjilat jari lah kesedapan ketam itu.
Jam 11 malam ini makannya. Alergik satu badan. Timbul segala gegata. Memang mengaru lah.

Minggu lepas ada google petua hilangkan gegata.
Sapu dengan air garam biarkan dalam 2 minit. Baru bilas atau mandi dengan air yang bersih.
Memang terbukti keberkesanannya. Tinggal separuh garam didapur. Tapi disebabkan garam itu halus, tak rasa plak kekasarannya bila gosok di badan. Kalau dapat garam kasar, tentu puas mengosok kat tempat yang tumbuh gegata.

Memang berkesan. Diulangi semula. Ternyata berkesan.
Dapat tidur dengan nyenyak. Nak lagi berkesan rendam badan kita kat laut. Itu pun kalau rumah dekat dengan pantai atau laut. Air laut kan masin.
Memang ketam tersenarai dalam kategori yang aku tak boleh makan. Tapi aku degil. Teringin kowt!

Hai en. crab, Awak sangat comel, saya dah tak boleh makan awak!!

Khamis, 2 Mei 2013

Pilihan Raya Umum 13

Teruja sangat. Tahun ni adalah tahun pertama kalinya aku layak untuk mengundi.
Tak sabar berada dalam situasi mengundi. Mesti meriah kan.
Beratur ramai-ramai, Serah mykad, Calit dakwat kekal kat jari, Tick pada kotak form pemimpin yang kita suke, Masuk kertas dalam tong dan Balik rumah.

Aku mengundi di sekolah rendah aku SRK Tebok Banjar. Lama sangat dah tak jejak sekolah tu. Mesti banyak perubahan dan bangunan baru. Lagilah tak sabar nak mengundi. Dua dalam satu keterujaan itu.

Ada lagikah replika keris di tempat perhimpunan?
Ada lagikah kolam ikan di hadapan bilik guru?
Ada lagikah pondok di depan kelas?
Ada lagikah biji getah di tepi padang?
Ada lagikah pokok besar yang sekelilingnya simen?

Aku pergi mengundi dengan adik-adikku sekali. Kami bekas pelajar di sekolah rendah yang sama. Tak sabar nak bergambar sakan di sekolah lama. Ouw! Nanti mesti jumpa kawan lama kan yang sebaya. Arr lagilah tak sabar.
PRU 13 kali ini agak meriah kan. Mungkin tahun ni aku layak dan baru aku terasa kebahangannya.
Meriah dengan bendera partinya.
Meriah dengan replika kreatif semua parti.
Meriah jugak lagu mengundi di tv. Aku paling suka lagu Sayangi Selangor. Muziknya menarik.

Apapun harapan aku disini pemimpin yang dah menang tak kira parti apa pun jangan tak nampak muka selepas tu. Itu yang orang tak suka dan seringkali berlaku. Janji sana sini tapi tak tepati. Lagilah orang tak suka. Hargailah jasa rakyat. Yang pasti jangan ada keganasan di hari mengundi. Tak bagus padangan orang dimata dunia. Malaysia kan negara yang aman. Kekalkan lah jati diri anda sebagai manusia yang bertamadun. Peace yo!!

Yang mana pilihan anda pastinya pilihan yang tepat.
Yang pasti undi adalah rahsia kan.
Suami mengundi di kampungnya di Jengka, Pahang.  Balik asing-asing :(


Isnin, 29 April 2013

Suami vs Bantal Panjang @ Bantal Peluk

Rasa iri hati x? Apabila suami lebih selesa pelok bantal panjang dari pelok si isteri..
(Ayat tak puas hatikah).. :P

Tapi itulah suami saya. Pelok isteri tak sampai setengah jam dah beralih untuk pelok bantal panjang sepanjang masa tidur. Haruskah cemburu dengan bantal pelok suami?
Rahsia Terbongkar : Suami ada bantal pelok panjang sendiri.

Jawapan : Gila ape nak cemburu dengan bantal panjang.

Kami suami isteri ada bantal panjang masing-masing. Suami satu. Isteri satu. Nampak macam tak sehaluan kan, tapi kami sangat selesa bila tidur pelok bantal panjang kerana ianya dapat menghasilkan tidur yang berkualiti.

Banyak cara boleh untuk hasilkan suasana romantik kan. Bukan atas katil sahaja kan.

Rabu, 24 April 2013

Alergik Menjadi Teruk Selepas Berkahwin

Aku Pasrah..
Walaupun disudut hati kenapa mesti aku?! Nmpk x tande soal dan seruan itu bergabung. (bertanye dan marah) Pasti!!
Itu ke name yer pasrah?? Suke hatilah..

Aku Pasrah...
Dapat penyakit alergik yang teruk selepas kahwin. Kata doktor ini perubahan hormon selepas berkahwin. Selalu akan hilang bile bersalin anak pertama. Gulp!! Macam tu kah? Angguk sajelah kepala tanda faham. Ape boleh buat terima jelah.
Makan ubat sambil garu tempat gatal. Rutin bile kene. Ubat belum bertindak menyerang virus alergik lagi. Garu dan garu. Sangat bosan. Kadang2 iman boleh hilang sbb tak sabar. Istifar semula.

Sepanjang menjadi anak dara, mmg sukar nk lihat penyakit alergik melekat kat tubuh aku ni. Jarang lah. Tapi selepas jer kawin fuh! rase yer x boleh dikire jumlah yg terbentuk bintat alergik di paha, lengan, kaki, muka, dada, belakang badan rase yer 1 badan kowt!.

Mengadu lah kat sape pun, diorg takkan rase ape yg kite rase. Tuhan jek yg tahu betape derita yer ms itu. Lagi2 stok ubat alergik kehabisan. Ini sangat menguji kesabaran. Pura2 tidur pun belum boleh menahan kegatalan.

Makanan yg dah selected x boleh mkn setakat ini :-
1. Telur Ayam
2. Telur Masin
3. Ikan Masin
4. Daging
5. Tempe  (cam x logik, tapi hakikat yer)
6. Hotdog

Setakat ini lah pantang di makan.. mybe banyak lagi. *_*"
kdg2 telan jugak, esok pagi yer amik kau!!! Alergik coming..

contoh pic kiri tu tp x lah banyak macam tu

Rabu, 10 April 2013

Bersederhanalah

Less is more.. Jawapan biase utk artis yg x ikut tema fesyen.. (x de kaitan pun)

Cerita begini

Perancangan yang melebihi kemampuan memang akan membebankan. Tapi mencuba jugak untuk mengimpikan apa yang diharapkan. Memang boleh!! Tapi kene usaha lebih. Lambat atau cepat. Banyak atau sedikit. Itu sahaja persoalannya.

Jawapan standard : Bersederhana jelah dalam kehidupan ni.

Tapi mata hati sentiasa melilau. Merenung kemungkinan. Boleh atau tak. Tah ape-ape kan. Apa kau cakap x sama dengan kehendak. Apa kau hendak x sama dengan keperluan. Sebenarnya kau mahu ape?

Jawapan standard : Pentingkan keperluan dulu bukan kehendak

Ah! Bosan dengan situasi yang sama. Tak nampak cahaya. Angkat kaki bila diperlukan nanti. Tak perlu tunggu lama. Untuk ape. Remukkan hatikah? Ini semua kerana 58sen. Sampai mati tetap ingat. Jasa tak dikenang boleh buat hati berulat.


Ok bai. Merepek kan. Suka hatilah!