Jumaat, 31 Mei 2013

Saya Menang Suami Merajuk

Jumaat lepas adalah hari wesak hari cuti bagi warga Selangor. Hari yang busy bagi saya untuk urusan pindah barang dari Puchong ke Tg Malim. Suami menunggu di Tanjung Malim sahaja.
Lupa. Ya! saya lupa minggu itu cuti sekolah baru bermula. Highway PLUS sangatlah padat dengan kereta. Jammed. 60km/j sahaja yang mampu di pacu. Kerja gila.

Kini rumah di Tanjung Malim saya sudah complete. Suami hanya langkah kanan. Hanya membawa bantal dan tilam bujangnya. Tapi semua itu sudah tak digunakan lagi. Kami punya katil bersaiz queen. Kebetulan pekerja Astro datang semasa kami sedang mengemas. Saat itu juga dapat siaran. Dan saya dapati kami tidak serasi dari segi memegang tv remote control. Hahaha. Suami sukakan sukan, saya sukakan hiburan. Maka berebut lah untuk memegang remote. Bila saya menang, suami merajuk. Suami menang, saya tidur.
Hai suami! Kita perlukan 2 biji tv nampaknya.

Walaupun punya rumah di Tg malim, kami masih suami isteri hujung minggu. Huh! Saya masih di Puchong. Bersabarlah ida. Ada hikmah atas percaturan ini.

Ape lagi. Mahu ke IKEA untuk deco rumah. Berangan.

Isnin, 27 Mei 2013

Kami dalam Harian Metro

 
Percaya tak?? Kami dalam ruangan klik pengantin.
Harian Metro 24 May 2013 hari jumaat lepas.
Ketawa melihat muka sendiri.

Pagi itu saya menjemput rakan saya mengajak membantu saya untuk pindah rumah. Sebelum itu kami berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Rakan membeli paper Harian Metro. Tajuk muka hadapan mengisahkan semua pembunuh Sosilawati dihukum gantung.
Tiba-tiba rakan saya menjerit sekuat hati. Oh! Terkejut. Saya bertanya kenapa? Rakan menjerit lagi kenapa muka ini? kenapa muka ini?  saya bertanya lagi kenapa? Ok saya tahu kenapa. Firasat saya yang memberitahu. Tenyata tepat sekali. Terus sms suami menyuruhnya membeli paper Harian Metro.
Terdetik hati saya ingin masuk ruangan ini. Saja mencuba nasib. Pada 10 may saya email pada metromag@mediaprima.com.my. Dan saya memang tidak menyangka cerita ini akan keluar dengan cepat. Mana mungkin hati tak berbunga. Kisah cinta satu malaysia melihat. Ketawa saya. Rakan-rakan banyak bertanya adakah kamu? Ya saya. Ketawa lagi.

Ha! Andai kamu ingin memasuki ruangan ini hantar sahaja email ke metromag@mediaprima.com.my dan ceritakan setiap peristiwa perkahwinan anda.

Khamis, 23 Mei 2013

Pertama Kali Saya Makan Itik

Tak percaya kan??
Betul lah. Ini kali pertama saya makan itik. Saya rasa itik sangat comel untuk dimakan.
Pendapat saya rasa ayam lebih sedap dari itik. Sebab saya peminat tegar ayam. Tapi ada pendapat mengatakan itik lebih berkhasiat dari ayam. Setuju!!

Saya telah melanggar pantang untuk tidak menyentuh makanan yang boleh menyebabkan alergik menyerang. Ya! Saya seorang yang sangat degil bab menjaga makanan. Saya langgar. Malam itu juga saya sudah standby ubat sapu gatal, losyen gatal dan ubat alergik.

Semalam saya ke Restoran Cina Muslim iaitu Mohd Chan Abdullah di Shah Alam Sek 15. Restoran ini rasanya sudah banyak dibuka. Antaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Bangi dan banyak lagi.
Disinilah saya merasa itik panggang, ayam Lemon dan Singkong Tauhu. Itu sahaja. Saya rasa macam banyak. Memang menu disitu banyak dan semuanya melazatkan, tapi cukuplah. Makan 2 orang dalam rm60.00. Kawan saya belanja. Gelak besar. Terima kasih kawan.
 

Itik Panggang
(sedap tapi sejuk semasa dihidangkan.)
 Singkong Tauhu
(Sangat suka tauhu die. sebab tauhu die lain dari lain. tauhu itu warna kuning. lembut dan lembik. sangat sedap. mahu repeat order bila kesini nanti)
 Lemon Chicken
(Sedap. Nampak sos kuning. itulah sos lemon.)
Limau Asam Boi

Satu hari mahu ajak suami makan disini. Mahu ajak makan ketam lemak manis. Macam sedap. Lagi sedap kalau suami belanja. 

Selasa, 21 Mei 2013

Detik Itu Sangat Indah

Detik indah atau saat indah pasangan suami isteri yang hidup berjauhan seperti diri ini.

Malam itu malam yang lewat. Kami diruang tidur bercerita kisah sepanjang minggu itu.
Malam itu juga saya baru berikan hadiah hari lahir dia tahun lepas.
Dia suka pemberian itu. Langsung terus guna.
Ucapan terima kasihnya berulang kali dibibirnya.
Itu sahajakah? Pertanyaanku pada dia sambil memalingkan pipiku.
Lalu diberikan satu ciuman.
Okai! Terkesima sekejap.
Indah! sangat indah memori itu. Pasti ingat sampai mati.

Hujung minggu sahaja bahagia. Lain orang hari-hari bahagia. Saya??
Itulah PJJ Atau Perhubungan Jarak Jauh.
Bukan semua merasa apa yang saya rasa. Menjadi suami isteri dihujung minggu. Doakanlah agar saya mendapat pekerjaan berhampiran dia. Saya sayang suami saya. (semua orang pun sama)

Rabu, 15 Mei 2013

Jangan Berkawan Dengan Saya

Ye Betul!
Jangan berkawan dengan saya kerana memang saya tak boleh dibuat kawan. Memang saya akui. Mungkin ada juga rakan lama yang mengakuinya.
Sebab itu saya tak punya ramai kawan dari zaman belajar di Politeknik sehingga sekarang. Saya amat memilih kawan. Amat memilih.

Saya ini seorang kawan yang akan meninggalkan kawan lama apabila saya berjumpa kawan yang baru. Nampak keji kan. Tapi tak semualah. Itu sebab pesanan saya, jangan berkawan dengan saya. Saya serius.

Pedulikan apa orang kata.
Zaman sekolah rendah dan menengah memang saya punya ramai kawan. Saya seorang yang berpengaruh. Semua jawatan disekolah saya sebat dengan alasan markah tinggi bila menjawat jawatan dalam bidang kokurikulum. Tapi hakikatnya biasa sahaja. Tapi puas.
Sambung cerita, sehinggakan suatu hari berlaku rebutan antara 2 sahabat untuk menjadikan saya kawan selamanya. Panjang cerita. Tapi akhirnya, perebutan itu berlaku pengkhianatan. Saya redha. Sejak itu saya malas berkawan. Hanya seorang yang menghulur tangan dan menjadi kawan selamanya sehingga kini. Terima Kasih kawan.

Zaman belajar di politeknik. Ketika ini saya seorang yang sombong untuk mencari kawan. Semester pertama saya tinggal di asrama. Rakan sebilik tak mahu berkawan rapat dengan saya kerana dia punya bff sendiri. Saya redha. Memang terasing ketika itu. Sehinggakan semester kedua saya mencari rumah sewa lain.

Rakan sekelas perempuan pula tak suka berkawan dengan saya juga. Ini kerana saya lebih bijak dari mereka. Fakta. Kerana saya lebih gemar berkawan dengan pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih bijak dari saya. Almaklumlah belajar jurusan elektrik dan elektronik.Bayangkan dalam kelas punya 20 lebih pelajar lelaki dan 7 perempuan.
Cerita pasal 7 pelajar perempuan. 5 melayu 2 india. 5 pelajar perempuan melayu. Hari pertama saya hulurkan perkenalan mereka sambut. Kami berkawan berlima. Tapi lama-kelamaan 5 menjadi 4 kerana mereka mula menyisihkan saya. Ini kerana mungkin kerana saya tidak sekepala. Mereka semua sopan santun, mungkin saya gengster. Saya tak tahu itu kesalahan di dalam etika bersahabat?? Mungkin. Mungkin juga 4 lebih afdal berkawan dari 5. Saya redha lagi.

Bermulalah kehidupan saya berseorangan. Sehingga ditegur rakan lelaki dan bertanya apa yang terjadi. Tak perlu jawapan. Mereka pandai mengagak. Terima kasih rakan lelaki itu. Sehingga semester keempat saya masih bersendiri. Saya ke kafetaria sendiri untuk makan. Saya ke perpustakaan sendiri untuk belajar. Saya pergi ke kelas sendiri. Saya pergi ke tandas sendiri. Mulanya saya rasa seperti alien yang turun ke bumi. Lama-kelamaan ianya sebati. Saya boleh keseorangan. Kami akan kembali berlima pun sekiranya ada perkara yang memerlukan khidmat saya sahaja. Saya ikutkan. Walaupun dalam hati pedih kerana diperlakukan sebegini. Tak mengapalah. Sejak dari itu, saya tak mahu sambung belajar lagi. Tak mahu hadapi hal sebegini. Saya mahu bekerja.

Alhamdulillah. Di alam pekerjaan saya punya kawan. Tapi tak ramai sangat. Bagi saya kalau ramai-ramai ada yang menyakitkan hati, untuk apa kan. Walaupun ada pahit manis dalam dunia persahabatan. Tapi yang pasti saya suka berkawan dengan bukan seusia dengan saya. Mereka matang. Saya sukakannya. Itu pasal suami saya 4tahun lebih tua dari saya. Haha tiada kaitan.


Gambar diatas di syarikat telekomunikasi. Rakan-rakan bekerja sekarang.
Dan gambar dibawah di syarikat automotif. Rakan-rakan lama saya.


Maafkan saya rakan-rakan. Itulah saya. Tapi pada yang ingat saya, pasti saya akan ingatnya semula.

Kerja Gila

Disebabkan banyak sangat makanan yang aku harus pantang (alergik) makanya pagi ni aku bersarapan hanya telan 2 keping roti bersalut coklat nutella. Nah! Mendapat. Jam 11 pagi perut sakit teramat. Masuk angin akibat tak makan pagi. Selalu layan nasi atau bihun. hari ini buat kerja gila makan roti sahaja. memang mendapat.

Baru nak ambil kesempatan nak berdiet. Tapi kalau mcam ini lah sakitnya perut masuk angin macam mana nak diet. Bulan puasa nak dekat dah. Jadi saya kene berlatih dari sekarang tahan lapar. Tapi tak berjaya. Sakit, pedih pula jadinya. Slow-slow lah kayuh. Go Go ida.

Selamat Hari Ibu


Itulah mak saya. Hajjah Mutiah Binti Haji Yaacob. Seorang mak yang garang pada ketika kami kecil dan seorang ibu yang sangat berjimat cermat. Sekarang kami dah besar dan mak x segarang dulu. Semua ada mak kan. Dan tahu kan apa pengorbanan seorang mak pada anaknya. jadi tak perlu bercerita panjang. Satu dunia tahu betapa mulianya seseorang itu yang bergelar Emak. Apa yang penting bagi seorang anak adalah mendoakan emaknya sentiasa sihat dan panjang umur.

Kol mak malam tu :-
Aku : Assalamualaikum mak..Mak! selamat hari ibu..
Mak : Terima kasih. Apa ucapannya..
Aku : emm semoga sihat-sihat selalu (malu-malu nak berkata)
Mak : Itu je ke?
Aku : Ape lagi yer... (tibe-tibe blur padahal banyak nk ucap)
Mak : Laaa doa la mak murah rezeki ke, panjang umur ke..
Aku : Ha! itulah nak cakap tadi..
Mak : Terima kasih yer.
Aku : Sama-sama.

Dan malam itu jugak lebih kurang jam 11 malam saya dilanda alergik yang teruk. Bengkak satu muka, dagu, mata dan mulut. badan usah nak kate lah. Timbul segala gegata. Dan lebih malang stock ubat kehabisan. Memang derita lah malam tu. Tak tidur malam melayan betapa gatalnya. Air garam habis dilumur satu badan tetap tak dapat hilangkan kegatalan tu. Pasrah rasanya. Saya yang merasa dan saya menanggung keseorangan. (akibat suami jauh)..
Ini semua angkara makan ayam di tempat kenduri. Yeah! Mendapatlah saya. Now!! ayam tergolong dalam Alergic List saya. Wuaaaaaa tak mampu bayangkan nak berpisah dengan ayam. Ma feberat!!!!! mak pesan berhentilah dulu makan ayam. Ofismate pula suruh makan ubat cuci darah mungkin ada darah kotor. Ada juga yang suruh bekam. Oh! Terima kasih kerana perihatin terhadap saya. Redha ida. Sabar ida. Allah sedang mengujiku. Semoga saya tabah menjalani kehidupan sehari-hari tanpa suami disisi. Amin Amin.

Sabtu, 11 Mei 2013

Weekend Husband & Wife

Ya! Kami adalah Weekend Husband and Wife.
Suamiku di Tanjung malim, aku di Puchong.
Rasa-rasa happykah hidup sebegini? Tentunya tidak.
Tapi kami sentiasa mencuba untuk bertolak ansur dan saling memahami dengan komitmen masing-masing. Alasan kukuh yang kami akan cakap pada yang akan bertanya :-

 suami dah 10tahun bekerja disana dan aku sudah masyuk kerja disini.
(bukan alasan tapi kenyataan)

So how??
Mungkin detik percintaan selama 4tahun telah sebati didalam diri masing-masing dan membolehkan kami cekal hidup berasingan. Tak semua setuju dengan apa yang berlaku tapi kalau itu sudah diaturkan, kami redha. Kepercayaan dan kasih sayanglah adalah kunci bagi aku dan suami.
Oh! sedih setiap kali berbicara hal ini.
Suamiku,
Aku menjadi kekasihmu pada kamu berusia 26tahun.
Kini kamu sudah 30tahun. Pada umur itulah aku menjadi isteri kamu .
Aku bermohon agar kasih sayang dan cinta mu itu sentiasa untuk diriku walapun kita dipisahkan sebanyak 100km jauhnya.

Ini hadiah untuk hari lahirmu. Walaupun sudah terlewat 5 bulan. Penat berfikir apa lagi yang perlu aku hadiahkan kepadamu. dan jawapannya di dalam bungkusan itu. Lagi. Dan Lagi.

Rabu, 8 Mei 2013

Emak

Kalau anak-anak atau menantu balik kampung,
Mak mesti akan memastikan rumah dalam keadaan bersapu dan mop supaya nampak bersih.
Mak akan memastikan peti ais pulak penuh dengan lauk pauk mentah untuk dimasak nanti.
Mak jugak akan memastikan ubat gigi dan sabun mandi ada dalam bilik air.
Mak jugak akan memastikan bantal dan tilam cukup untuk anak-anak dan menantunya tidur.

Tapi tak semestinya bila mak dah sediakan semua tu anak-anak atau menantu boleh rileks atau makan tidur sahaja. Oh! Nampak kurang bagus disitu. Almaklumlah semuanya sudah terhidang. Balik kampung bukan bermaksud berehat sepanjang masa tapi membantu meringankan kerja mak atau bapak.

Lagi-lagi kalau berpangkat menantu. Huh! Kalau malas dirumah mertua apatah lagi dirumah sendiri. Kalaupun memang ada sifat pemalas, sembunyikanlah sementara.
Kalau bab makan pulak mak pasti akan memasak masakan istimewa tak kira makan pagi atau tengahari ataupun malam. Semuanya kerana mak rindukan suasana ramai-ramai macam dulu.

Bila cuti mula habis, riak muka mak pasti kelihatan sedih. Soalan yang akan ditanya mesti 'bila akan balik lagi'.

Itulah mak saya. Jika aku tak balik kampung dengan suami, aku pasti akan tidur dengan mak. Indah sangat dapat peluk mak ketika mak tidur. Mak pasti akan suruh aku urut-urut badannya sebelum tidur.
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan emak sepertinya. Panjangkanlah umurnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan berpanjangan kepadanya.

Mak, Terima kasih atas segala-galanya. Besar sungguh pengorbanan mak. Sayang mak tiada akhirnya.

Pesanan ikhlas dari aku untuk aku jugak, jangan sesekali lupa memberi ibubapa duit. Kalaupun tak mampu, rm50 atau rm30 pun boleh. Tapi kalau ada lebih, itu lagi bagus. Sebagai ibubapa mereka akan gembira menerima tak kira berapa jumlah kerana bagi mereka, anak-anak masih ingin menghargai jasa mereka ketika mereka membesarkan kita semasa kecil dulu.

Selasa, 7 Mei 2013

Pengalaman Membuang Undi PRU13

Seronok sangat sebab sudah punya pengalaman membuang undi.
Sudah merasai suasana PRU 13. Hangat, panas, terik dan beratur panjang.
Jam 8 pagi sudah berada di sekolah. Ingat paling awal tapi ada yang lagi awal. Masing-masing punya semangat.
Memang happening sangat apabila 6 beradik membuang undi di tempat yang sama.

Aku dan sarah di saluran 5. Memang lancar proses mengundi sebab disini saluran 5 untuk orang yang pertama kali. Tapi kakak aku di saluran 3, memang kene beratur panjang lah. Ini gambar sebelum mengundi.

Pengalaman beratur, check no ic, calit dakwat kekal seperti diatas, dan membuang undi adalah pengalaman yang baru yang tak mungkin dilupa. Debaran terasa bila pen di jari untuk 'tick' pemimpin yang kita mahu. Fuh! Memang sangat berdebar.

Keputusan undian pun semua dah tahu. Yang pasti parlimen di Teluk Intan dimenangi DAP dan Dun pula dimenangi oleh BN. Sama-samalah bersatu. Don't be racist okai. Bukan apa, di laman sosial terutamnya facebook sentiasa tertera status pelbagai info, maklumat, pandangan, komen, fitnah, maki hamun dalam setiap 1 saat. Tanda masyarakat perihatin apa yang berlaku.

Pada yang terlalu fanatik dalam bidang politik, janganlah terlalu taksub. Sederhana sahajalah. Kerana taksub politik juga, boleh hilang saudara, hilang kawan, hilang kepercayaan.

-Saya tak mahu komen banyak kerana ilmu tidak cukup didada untuk bicara tentang politik. Takut mengundang fitnah-

Jumaat, 3 Mei 2013

Petua Hilangkan Gegata

Ha! padanlah muka aku.
Jam 6 petang makan ketam. Memang menjilat jari lah kesedapan ketam itu.
Jam 11 malam ini makannya. Alergik satu badan. Timbul segala gegata. Memang mengaru lah.

Minggu lepas ada google petua hilangkan gegata.
Sapu dengan air garam biarkan dalam 2 minit. Baru bilas atau mandi dengan air yang bersih.
Memang terbukti keberkesanannya. Tinggal separuh garam didapur. Tapi disebabkan garam itu halus, tak rasa plak kekasarannya bila gosok di badan. Kalau dapat garam kasar, tentu puas mengosok kat tempat yang tumbuh gegata.

Memang berkesan. Diulangi semula. Ternyata berkesan.
Dapat tidur dengan nyenyak. Nak lagi berkesan rendam badan kita kat laut. Itu pun kalau rumah dekat dengan pantai atau laut. Air laut kan masin.
Memang ketam tersenarai dalam kategori yang aku tak boleh makan. Tapi aku degil. Teringin kowt!

Hai en. crab, Awak sangat comel, saya dah tak boleh makan awak!!

Khamis, 2 Mei 2013

Pilihan Raya Umum 13

Teruja sangat. Tahun ni adalah tahun pertama kalinya aku layak untuk mengundi.
Tak sabar berada dalam situasi mengundi. Mesti meriah kan.
Beratur ramai-ramai, Serah mykad, Calit dakwat kekal kat jari, Tick pada kotak form pemimpin yang kita suke, Masuk kertas dalam tong dan Balik rumah.

Aku mengundi di sekolah rendah aku SRK Tebok Banjar. Lama sangat dah tak jejak sekolah tu. Mesti banyak perubahan dan bangunan baru. Lagilah tak sabar nak mengundi. Dua dalam satu keterujaan itu.

Ada lagikah replika keris di tempat perhimpunan?
Ada lagikah kolam ikan di hadapan bilik guru?
Ada lagikah pondok di depan kelas?
Ada lagikah biji getah di tepi padang?
Ada lagikah pokok besar yang sekelilingnya simen?

Aku pergi mengundi dengan adik-adikku sekali. Kami bekas pelajar di sekolah rendah yang sama. Tak sabar nak bergambar sakan di sekolah lama. Ouw! Nanti mesti jumpa kawan lama kan yang sebaya. Arr lagilah tak sabar.
PRU 13 kali ini agak meriah kan. Mungkin tahun ni aku layak dan baru aku terasa kebahangannya.
Meriah dengan bendera partinya.
Meriah dengan replika kreatif semua parti.
Meriah jugak lagu mengundi di tv. Aku paling suka lagu Sayangi Selangor. Muziknya menarik.

Apapun harapan aku disini pemimpin yang dah menang tak kira parti apa pun jangan tak nampak muka selepas tu. Itu yang orang tak suka dan seringkali berlaku. Janji sana sini tapi tak tepati. Lagilah orang tak suka. Hargailah jasa rakyat. Yang pasti jangan ada keganasan di hari mengundi. Tak bagus padangan orang dimata dunia. Malaysia kan negara yang aman. Kekalkan lah jati diri anda sebagai manusia yang bertamadun. Peace yo!!

Yang mana pilihan anda pastinya pilihan yang tepat.
Yang pasti undi adalah rahsia kan.
Suami mengundi di kampungnya di Jengka, Pahang.  Balik asing-asing :(