Jumaat, 28 Jun 2013

Pelamin Impian Ku Musnah

Tajuk memang nampak semacam tapi jangan salah faham tiada kena mengena dengan perhubungan kami suami isteri. Cuma ingin bercerita kisah sedih dan kecewa teramat tentang disebalik kemeriahan majlis perkahwinan saya. Biasalah bak pepatah orang melayu "rumah siap, pahat berbunyi".

Cerita begini.
Sebelum kami decide butik perkahwinan mana yang harus bertanggungjawab untuk majlis kami, saya terlebih dahulu membuat survey beberapa butik di Teluk Intan. Ada lebih dari 6 butik saya pergi. Buku dairi sentiasa ditangan untuk membuat perbandingan harga. Sebelum itu juga saya google untuk mencari ilham pelamin impian saya. Ok saya dapat. Saya suka sangat.

Pelamin semasa pernikahan Marion Counter dengan SM Nasaruddin atau Fasha Sandha dengan Jejai. Sarat bunga besar dibelakang. Tidaklah 100% sebegitu. Cuma saya mahukan bunga-bunga besar itu memenuhi pelamin itu. Itu point saya. Saya print gambar pelamin itu untuk dibuat rujukan pengusaha butik-butik di Teluk Intan. Beberapa butik yang saya pergi pengusaha butik itu jujur mengatakan mereka tak mampu untuk membuat pelamin seperti itu kerana memerlukan bunga-bunga besar yang banyak. Stok mereka sedikit. 5 buah butik memberi jawapan yang sama. Akhirnya hanya ada 1 butik yang mengatakan BOLEH, BOLEH, BOLEH untuk membuat pelamin seperti ini. Gembira teramat. Bila impian hampir tercapai. Beliau meminta deposit dan saya memberinya dengan jumlah yang agak banyak.

Tiga hari sebelum majlis, pekerja memasang pelamin. Tapi hati saya terasa seperti ada sesuatu yang buruk atau kekecewaan yang akan berlaku. Banyak kemusykilan dengan peralatan pelamin yang tidak sama dengan pelamin impian saya.
Dan ini hasilnya. Saya amat-amat terkejut. Berulang kali saya bertanyakan pada pekerja yang memasang pelamin "adakah bos anda memberitahu pelamin ini pelamin saya". Mereka menjawab "Ia". Jantung saya berdegup kencang menahan marah. Terus saya menghubungi pengusaha butik itu. Dan jawapannya amatlah mengecewakan. Dengan selamba mengatakan "pelamin yang awak minta tu memerlukan kos 2x ganda. Saya tak dapat lakukan". Pakej saya ialah RM2,750.00 dan ini hasil pelamin saya. Berbaloikah? Atau saya ditipu hidup-hidup. Persoalan saya kenapa dia bersetuju untuk buat walhal dia tahu dia tak mampu lakukan seperti butik-butik yang lain? Ya! Saya tertipu. Saya tak boleh tarik balik sebab dia akan burn duit deposit saya.
 Apa perasaan anda bila pelamin anda dikutuk semasa majlis perkahwinan anda? Ya saya mengaku pelamin saya dikutuk kerana terlalu simple. Dari budak kecil sehinggalah pakcik dan makcik yang melihatnya. Suami sentiasa menyuruh saya bersabar. Hanya pelamin katanya. Tapi RM2,750 dengan pelamin bodoh itu tak memadai. Lelaki tahu apa. Masa itu hati memang terbakar.

Itu cerita pelamin. Ini cerita baju pula.
Ini contoh baju isteri pelumba basikal Azizulhasni. Saya suka. Saya tempah baju baru berikutan saiz badan saya yang agak agam. Dan ini hasil baju itu.
 Apa yang saya rasa tertipu apabila dia berkata disebabkan saya ambil pakej yang agak mahal saya dapat baju baru iaitu baju lelaki dan perempuan dengan harga RM500. Saya memang tak percaya. saya setuju dan seperti biasa deposit diperlukan. Saya bagi RM300 atas permintaan dia.
Hari untuk fitting baju saya tanya bagaimana dengan baju? Dengan selamba dia berkata baju RM500 hanya untuk perempuan sahaja. Baju lelaki guna yang ready made. Terkedu saya. Alasan katanya baju baru untuk perempuan ini dijahit di Indonesia kerana butik ini menggunakan khidmat tukang jahit ini di Indonesia. Bengangnya saya ketika itu. Mencarut dalam hati.
Kenapa saya masih meneruskan menggunakan khidmat butik dia kerana saya sudah memberi deposit yang banyak kepada dia dengan janji-janji manis pengusaha butik di Teluk intan ini. Saya pasrah tapi penipuan itu saya tak redha. Perniagaan tak berkat melalui penipuan akan musnah dengan balasan Allah. saya sarankan pada rakan-rakan jangan berurusan pengusaha butik seperti ini. Kaya dengan hasil penipuan.

Tapi Allah memang Maha Penyayang. Allah membalas kegembiraan di majlis sebelah lelaki. Dengan harga RM1000 saya mendapat meja beradab atau makan damai dengan pelamin sekali. Fahamkah? Tengok gambar. Pada asal ini meja makan damai. Selepas dialihkan meja makan itu menjadi sebuah pelamin yang bagi saya nampak cantik. Saya tidak menyangka langsung tapi pengusaha di Butik Tradisi Temerloh ini sangat baik.

Ini saya suka.
Masa ini saya amat gembira kerana dapat melupakan peristiwa hitam itu. Hijau warna kesukaan suami saya. Kisah ini saya anggap sebagai pengajaran pada B2B Bride diluar sana.
Berhati-hati ya bila berurusan dengan pengusaha butik sebegini.

Saya dan Highway Semakin Serasi

Malam tadi saya bermimpi menjadi heroin dari menghalang seorang pembunuh dari membunuh orang kampung. Tak semena blogger popular Ailyl Rozana turut ada dalam mimpi itu. Lucu sungguh.
Abaikan mimpi itu yang mebuat saya terjaga jam 3 pagi.

Cerita saya.
Setiap hujung minggu saya pasti akan pulang ke rumah di Tg malim untuk bersama suami. Setiap hujung minggu jugalah kehidupan saya bertemu dan berjalan di atas highway PLUS dan GUTHRIE. Satu jam setengah masa saya dihabiskan di atas jalan. Dan saya sudah serasi dan faham.
Dimana lopak harus dielak.
Dimana speed trap harus diperhatikan.
Dimana kawasan yang bahaya terutamanya Bukit Tagar dan Lembah Beringin yang dikatakan agak keras.
Pengorbanan seorang isteri untuk suami. Ada juga yang berkata "eh! sepatutnya suamilah yang bersusah sebegini? atau "suruhlah suami kerja area sini? atau " kenapa awak tak cari kerja disana sahaja?

Persoalan perlukan jawapan. Dan jawapan sama sahaja perlu saya berikan sehinggakan saya naik bosan. Sebenarnya benda ini semua sudah ditakdirkan. Itu takdir saya. Berjauhan dengan suami tak buat saya berasa tak dicintai tapi lebih dicintai dan dirindui. Bayangkan kiranya hari-hari kita bersama suami, mungkin ada rasa jemu. Mungkin lah. Sebab saya tak rasa. Bagi saya berjauhan itu manis jika kita fikirkan input yang positif. Kualiti hubungan juga lebih menarik.

Jawapan ini bukan untuk menyedapkan hati tapi seseorang yang tidak berpeluang merasa apa yang saya rasa mungkin anda rasa saya seorang yang kasihan atau kuatnya saya. Saya mula sudah terbiasa. Kehidupan kini penuh dengan cabaran. Sara hidup yang tinggi membuatkan kita lebih berusaha supaya tidak ketinggalan dari semua aspek. Kebahagian boleh dicari melalui keserasian.
Suami ok, saya pasti ok.
Indahnya andai highway itu sebegini cantik. Tatkala leka menatapi keindahan flora, destinasi dituju pasti terasa cepat. Tapi highway di Malaysia belum ada.

Isnin, 17 Jun 2013

Asam Rebus Ikan Siakap Putih

Ini kali pertama saya memasak untuk suami di rumah sendiri. Alhamdulillah. Seronok rasanya menjadi suri rumah di hujung minggu. Memang makan sajalah suamiku. Pagi sabtu suami kerja, saya pula ke pasar pagi seorang. Tak apalah. Demi semangat memasak pergi sajalah. Pagi itu saya berbelanja mencecah rm100. Terkejut tak? Haha. Banyak benda untuk dapur yang masih perlu diisi. Selain barang basah dan kering saya juga membeli kuali, lesung batu dan banyak lagi lah.
Saya geram juga dengan peniaga ikan Cina ini. Asalnya saya ambil 2 ketul ikan sahaja. Tapi bila balik rumah, ada 3 ketul. Haish! Mengambil kesempatan betul. Sungguh keji.

Saya mahu kongsi resepi Asam rebus Ikan Siakap Putih. Mak saya yang ajar. Saya suka masakan ini. Ringkas dan cepat.

Bahan A :
1. Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Cili Padi
(Semua diatas ditumbuk atau diblender)
4. Serbuk kunyit
5. Garam dan gula

Bahan B :
1. Ikan Siakap Putih
2. Daun Kesum/ Bunga Kantan
3. Daun Kunyit
4. Asam Keping
5. Tomato
 Ini ikan siakap putih
 Ini daun kesum, daun kunyit, asam keping dan tomato

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukan bahan A dan masak sehingga naik bau selepas itu masukkan air disertakan sekali sedikit serbuk kunyit untuk nampak kekuningan.
3. Tunggu sehingga menggelegak dan terus masukkan ikan, daun kesum, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah ikan masak masukkan tomato dan daun kunyit.
5. Tadaa dah siap!! Rasa masakan ini masam masam gitu.

 Inilah Asam Rebus Ikan Siakap Putih
Inilah lunch kami. Telur dadar adalah wajib untuk suami.
Ini Ikan Ayam. Sebenarnya saya lebih suka meggunakan ikan ayam dari ikan siakap putih ini. Tapi pasar tani Tg malim tak jual. Ikan ayam ini sejenis ikan tau.

Alhamdulillah punya suami yang pembersih dan rajin membantu didapur. Syukur sangat. Saya masak suami membasuh baju. Saya mengemas suami sibuk juga mengemas. Yang penting selepas makan dia pasti akan membasuh pinggannya sendiri tanpa membiarkannya. Itu saya suka. Welldone suami.