Jumaat, 28 Jun 2013

Pelamin Impian Ku Musnah

Tajuk memang nampak semacam tapi jangan salah faham tiada kena mengena dengan perhubungan kami suami isteri. Cuma ingin bercerita kisah sedih dan kecewa teramat tentang disebalik kemeriahan majlis perkahwinan saya. Biasalah bak pepatah orang melayu "rumah siap, pahat berbunyi".

Cerita begini.
Sebelum kami decide butik perkahwinan mana yang harus bertanggungjawab untuk majlis kami, saya terlebih dahulu membuat survey beberapa butik di Teluk Intan. Ada lebih dari 6 butik saya pergi. Buku dairi sentiasa ditangan untuk membuat perbandingan harga. Sebelum itu juga saya google untuk mencari ilham pelamin impian saya. Ok saya dapat. Saya suka sangat.

Pelamin semasa pernikahan Marion Counter dengan SM Nasaruddin atau Fasha Sandha dengan Jejai. Sarat bunga besar dibelakang. Tidaklah 100% sebegitu. Cuma saya mahukan bunga-bunga besar itu memenuhi pelamin itu. Itu point saya. Saya print gambar pelamin itu untuk dibuat rujukan pengusaha butik-butik di Teluk Intan. Beberapa butik yang saya pergi pengusaha butik itu jujur mengatakan mereka tak mampu untuk membuat pelamin seperti itu kerana memerlukan bunga-bunga besar yang banyak. Stok mereka sedikit. 5 buah butik memberi jawapan yang sama. Akhirnya hanya ada 1 butik yang mengatakan BOLEH, BOLEH, BOLEH untuk membuat pelamin seperti ini. Gembira teramat. Bila impian hampir tercapai. Beliau meminta deposit dan saya memberinya dengan jumlah yang agak banyak.

Tiga hari sebelum majlis, pekerja memasang pelamin. Tapi hati saya terasa seperti ada sesuatu yang buruk atau kekecewaan yang akan berlaku. Banyak kemusykilan dengan peralatan pelamin yang tidak sama dengan pelamin impian saya.
Dan ini hasilnya. Saya amat-amat terkejut. Berulang kali saya bertanyakan pada pekerja yang memasang pelamin "adakah bos anda memberitahu pelamin ini pelamin saya". Mereka menjawab "Ia". Jantung saya berdegup kencang menahan marah. Terus saya menghubungi pengusaha butik itu. Dan jawapannya amatlah mengecewakan. Dengan selamba mengatakan "pelamin yang awak minta tu memerlukan kos 2x ganda. Saya tak dapat lakukan". Pakej saya ialah RM2,750.00 dan ini hasil pelamin saya. Berbaloikah? Atau saya ditipu hidup-hidup. Persoalan saya kenapa dia bersetuju untuk buat walhal dia tahu dia tak mampu lakukan seperti butik-butik yang lain? Ya! Saya tertipu. Saya tak boleh tarik balik sebab dia akan burn duit deposit saya.
 Apa perasaan anda bila pelamin anda dikutuk semasa majlis perkahwinan anda? Ya saya mengaku pelamin saya dikutuk kerana terlalu simple. Dari budak kecil sehinggalah pakcik dan makcik yang melihatnya. Suami sentiasa menyuruh saya bersabar. Hanya pelamin katanya. Tapi RM2,750 dengan pelamin bodoh itu tak memadai. Lelaki tahu apa. Masa itu hati memang terbakar.

Itu cerita pelamin. Ini cerita baju pula.
Ini contoh baju isteri pelumba basikal Azizulhasni. Saya suka. Saya tempah baju baru berikutan saiz badan saya yang agak agam. Dan ini hasil baju itu.
 Apa yang saya rasa tertipu apabila dia berkata disebabkan saya ambil pakej yang agak mahal saya dapat baju baru iaitu baju lelaki dan perempuan dengan harga RM500. Saya memang tak percaya. saya setuju dan seperti biasa deposit diperlukan. Saya bagi RM300 atas permintaan dia.
Hari untuk fitting baju saya tanya bagaimana dengan baju? Dengan selamba dia berkata baju RM500 hanya untuk perempuan sahaja. Baju lelaki guna yang ready made. Terkedu saya. Alasan katanya baju baru untuk perempuan ini dijahit di Indonesia kerana butik ini menggunakan khidmat tukang jahit ini di Indonesia. Bengangnya saya ketika itu. Mencarut dalam hati.
Kenapa saya masih meneruskan menggunakan khidmat butik dia kerana saya sudah memberi deposit yang banyak kepada dia dengan janji-janji manis pengusaha butik di Teluk intan ini. Saya pasrah tapi penipuan itu saya tak redha. Perniagaan tak berkat melalui penipuan akan musnah dengan balasan Allah. saya sarankan pada rakan-rakan jangan berurusan pengusaha butik seperti ini. Kaya dengan hasil penipuan.

Tapi Allah memang Maha Penyayang. Allah membalas kegembiraan di majlis sebelah lelaki. Dengan harga RM1000 saya mendapat meja beradab atau makan damai dengan pelamin sekali. Fahamkah? Tengok gambar. Pada asal ini meja makan damai. Selepas dialihkan meja makan itu menjadi sebuah pelamin yang bagi saya nampak cantik. Saya tidak menyangka langsung tapi pengusaha di Butik Tradisi Temerloh ini sangat baik.

Ini saya suka.
Masa ini saya amat gembira kerana dapat melupakan peristiwa hitam itu. Hijau warna kesukaan suami saya. Kisah ini saya anggap sebagai pengajaran pada B2B Bride diluar sana.
Berhati-hati ya bila berurusan dengan pengusaha butik sebegini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf tapi ini cuma pandangan saya;

- pua sepatutnya lebih realistik dalam membeli. Dengan budget kurang dari RM3000 mampukan menandingi sebuah pelamin ala marion counter yang digubah planner/decorator grade A berharga tidak kurang RM100,000.00 - memang silap pengusaha butik untuk tidak berterus terang dgn Puan, mungkin dia terdesak untuk dapatkan job. Sebagai pengguna, Puan sepatutnya buat homewrk mengenai market price for butik biasa Vs celebrity wedding planner. If the offer is too good to be true, you have the right to doubt and rethink about it before you pay for the deposit.
Tak byk perbezaan pelamin purple dan kuning, sama kerusi, keduanya pakai satu panel tiang sahaja. Namun ruang/space di Teluk Intan terlalu besar untuk pelamin satu tiang sebab tu nampak kosong. (Mcm meja besar letak table cloth kecik). Dia dah cuba membantu dengan memperbykkan gubahan flower vase/stand dan cuba penuhi ruang dengan menarik kain supaya nampak lebih besar... Namun tiada ucapan sykur atas usaha itu. Silap pengusaha butik tidak communicate dgn Puan secara telus. BTW Puan kena lebih realistik bila shop around, peniaga genuine selalunya akan cuba elakkan berurusan dgn pelanggan yang kurang realistik sebab kesannya akan jdi seperti kisah Puan - over expectation. Maaf kalau mengguris tapi setiap baik buruk antara manusia akan diadili kembali oleh Allah SWT, it's no longer your words against her words, He knows better. Sila baca artikel di bawah:

http://www.jumiesamsudin.com/2011/10/kos-sebenar-sebuah-pelamin.html

IdaShamsury berkata...

terima kasih yang memberi pandangan. maaf saya baru perasaan komen ini pada february 2014 selepas saya buat ' recent comment'..

pertamanya, sebenarnya saya bukan nak sebijik macam pelamin marion itu. tapi 50% pun jadilah. Tgk macam pelamin wedding abang saya baru-baru ni, macam tulah pelamin yang saya nak. pelamin tu pun x sampai RM2000 pun. Sebab saya yang teman abang saya cari pelamin itu.

keduanya, kain yang dibelakang pelamin itu saya yang tarik sendiri. saya pinjam sendiri kat pakcik saya kain itu. Nak harapkan butik tu, memang tak de lah.

ketiga, bab comunicate. saya silap sebab tak bawak tape rakaman. supaya pengusaha itu ingat janji2 manis die dan x menafikan bulat2 ape yang saya nak semasa perbincangan. Malah saya jugak yang menanggung malu pelamin dikutuk.

keempat, selepas majlis bukan 1,2,3 orang yang komplen butik ini. rupanya ramai yang mendapat khidmat buruk dari pihak butik die. Saya boleh je create name butik ni, tapi saya masih waras dalam memikir. dan butik tu pun patut bersyukur saya tak sebar hal buruk butik ni.

kelima, saya rase saya x over expectation sbb kalau butik tu setuju apa yang saya nak. die mengatakan boleh buat, boleh, boleh dan boleh. lainlah butik tu jujur mcm 5 butik yg lain. Ini saya tak pakse pun butik tu, tapi die sendiri kate boleh.

Bukan saya tak bersyukur ape die buat. Tapi lau niat die sengaja nak mengenakan saya atau acuh tak acuh, mmg saya takkan maafkan.

Tanpa Nama berkata...

kak... bg la tahu butik apa... sy pn tgh survey butikk kt T.I risau la

Tanpa Nama berkata...

kak... bg la tahu butik apa... sy pn tgh survey butikk kt T.I risau la

Zana 12 berkata...

Askm...nk tahu butik mana yea??

Zana 12 berkata...

Askm...nk tahu butik mana yea??

Maiza Azie berkata...

tolong bagitahu butik mana ya. sebab sy pun tgh survey di teluk intan. thanks