Rabu, 8 Mei 2013

Emak

Kalau anak-anak atau menantu balik kampung,
Mak mesti akan memastikan rumah dalam keadaan bersapu dan mop supaya nampak bersih.
Mak akan memastikan peti ais pulak penuh dengan lauk pauk mentah untuk dimasak nanti.
Mak jugak akan memastikan ubat gigi dan sabun mandi ada dalam bilik air.
Mak jugak akan memastikan bantal dan tilam cukup untuk anak-anak dan menantunya tidur.

Tapi tak semestinya bila mak dah sediakan semua tu anak-anak atau menantu boleh rileks atau makan tidur sahaja. Oh! Nampak kurang bagus disitu. Almaklumlah semuanya sudah terhidang. Balik kampung bukan bermaksud berehat sepanjang masa tapi membantu meringankan kerja mak atau bapak.

Lagi-lagi kalau berpangkat menantu. Huh! Kalau malas dirumah mertua apatah lagi dirumah sendiri. Kalaupun memang ada sifat pemalas, sembunyikanlah sementara.
Kalau bab makan pulak mak pasti akan memasak masakan istimewa tak kira makan pagi atau tengahari ataupun malam. Semuanya kerana mak rindukan suasana ramai-ramai macam dulu.

Bila cuti mula habis, riak muka mak pasti kelihatan sedih. Soalan yang akan ditanya mesti 'bila akan balik lagi'.

Itulah mak saya. Jika aku tak balik kampung dengan suami, aku pasti akan tidur dengan mak. Indah sangat dapat peluk mak ketika mak tidur. Mak pasti akan suruh aku urut-urut badannya sebelum tidur.
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan emak sepertinya. Panjangkanlah umurnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan berpanjangan kepadanya.

Mak, Terima kasih atas segala-galanya. Besar sungguh pengorbanan mak. Sayang mak tiada akhirnya.

Pesanan ikhlas dari aku untuk aku jugak, jangan sesekali lupa memberi ibubapa duit. Kalaupun tak mampu, rm50 atau rm30 pun boleh. Tapi kalau ada lebih, itu lagi bagus. Sebagai ibubapa mereka akan gembira menerima tak kira berapa jumlah kerana bagi mereka, anak-anak masih ingin menghargai jasa mereka ketika mereka membesarkan kita semasa kecil dulu.

Tiada ulasan: