Rabu, 15 Mei 2013

Jangan Berkawan Dengan Saya

Ye Betul!
Jangan berkawan dengan saya kerana memang saya tak boleh dibuat kawan. Memang saya akui. Mungkin ada juga rakan lama yang mengakuinya.
Sebab itu saya tak punya ramai kawan dari zaman belajar di Politeknik sehingga sekarang. Saya amat memilih kawan. Amat memilih.

Saya ini seorang kawan yang akan meninggalkan kawan lama apabila saya berjumpa kawan yang baru. Nampak keji kan. Tapi tak semualah. Itu sebab pesanan saya, jangan berkawan dengan saya. Saya serius.

Pedulikan apa orang kata.
Zaman sekolah rendah dan menengah memang saya punya ramai kawan. Saya seorang yang berpengaruh. Semua jawatan disekolah saya sebat dengan alasan markah tinggi bila menjawat jawatan dalam bidang kokurikulum. Tapi hakikatnya biasa sahaja. Tapi puas.
Sambung cerita, sehinggakan suatu hari berlaku rebutan antara 2 sahabat untuk menjadikan saya kawan selamanya. Panjang cerita. Tapi akhirnya, perebutan itu berlaku pengkhianatan. Saya redha. Sejak itu saya malas berkawan. Hanya seorang yang menghulur tangan dan menjadi kawan selamanya sehingga kini. Terima Kasih kawan.

Zaman belajar di politeknik. Ketika ini saya seorang yang sombong untuk mencari kawan. Semester pertama saya tinggal di asrama. Rakan sebilik tak mahu berkawan rapat dengan saya kerana dia punya bff sendiri. Saya redha. Memang terasing ketika itu. Sehinggakan semester kedua saya mencari rumah sewa lain.

Rakan sekelas perempuan pula tak suka berkawan dengan saya juga. Ini kerana saya lebih bijak dari mereka. Fakta. Kerana saya lebih gemar berkawan dengan pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih bijak dari saya. Almaklumlah belajar jurusan elektrik dan elektronik.Bayangkan dalam kelas punya 20 lebih pelajar lelaki dan 7 perempuan.
Cerita pasal 7 pelajar perempuan. 5 melayu 2 india. 5 pelajar perempuan melayu. Hari pertama saya hulurkan perkenalan mereka sambut. Kami berkawan berlima. Tapi lama-kelamaan 5 menjadi 4 kerana mereka mula menyisihkan saya. Ini kerana mungkin kerana saya tidak sekepala. Mereka semua sopan santun, mungkin saya gengster. Saya tak tahu itu kesalahan di dalam etika bersahabat?? Mungkin. Mungkin juga 4 lebih afdal berkawan dari 5. Saya redha lagi.

Bermulalah kehidupan saya berseorangan. Sehingga ditegur rakan lelaki dan bertanya apa yang terjadi. Tak perlu jawapan. Mereka pandai mengagak. Terima kasih rakan lelaki itu. Sehingga semester keempat saya masih bersendiri. Saya ke kafetaria sendiri untuk makan. Saya ke perpustakaan sendiri untuk belajar. Saya pergi ke kelas sendiri. Saya pergi ke tandas sendiri. Mulanya saya rasa seperti alien yang turun ke bumi. Lama-kelamaan ianya sebati. Saya boleh keseorangan. Kami akan kembali berlima pun sekiranya ada perkara yang memerlukan khidmat saya sahaja. Saya ikutkan. Walaupun dalam hati pedih kerana diperlakukan sebegini. Tak mengapalah. Sejak dari itu, saya tak mahu sambung belajar lagi. Tak mahu hadapi hal sebegini. Saya mahu bekerja.

Alhamdulillah. Di alam pekerjaan saya punya kawan. Tapi tak ramai sangat. Bagi saya kalau ramai-ramai ada yang menyakitkan hati, untuk apa kan. Walaupun ada pahit manis dalam dunia persahabatan. Tapi yang pasti saya suka berkawan dengan bukan seusia dengan saya. Mereka matang. Saya sukakannya. Itu pasal suami saya 4tahun lebih tua dari saya. Haha tiada kaitan.


Gambar diatas di syarikat telekomunikasi. Rakan-rakan bekerja sekarang.
Dan gambar dibawah di syarikat automotif. Rakan-rakan lama saya.


Maafkan saya rakan-rakan. Itulah saya. Tapi pada yang ingat saya, pasti saya akan ingatnya semula.

Kerja Gila

Disebabkan banyak sangat makanan yang aku harus pantang (alergik) makanya pagi ni aku bersarapan hanya telan 2 keping roti bersalut coklat nutella. Nah! Mendapat. Jam 11 pagi perut sakit teramat. Masuk angin akibat tak makan pagi. Selalu layan nasi atau bihun. hari ini buat kerja gila makan roti sahaja. memang mendapat.

Baru nak ambil kesempatan nak berdiet. Tapi kalau mcam ini lah sakitnya perut masuk angin macam mana nak diet. Bulan puasa nak dekat dah. Jadi saya kene berlatih dari sekarang tahan lapar. Tapi tak berjaya. Sakit, pedih pula jadinya. Slow-slow lah kayuh. Go Go ida.

Selamat Hari Ibu


Itulah mak saya. Hajjah Mutiah Binti Haji Yaacob. Seorang mak yang garang pada ketika kami kecil dan seorang ibu yang sangat berjimat cermat. Sekarang kami dah besar dan mak x segarang dulu. Semua ada mak kan. Dan tahu kan apa pengorbanan seorang mak pada anaknya. jadi tak perlu bercerita panjang. Satu dunia tahu betapa mulianya seseorang itu yang bergelar Emak. Apa yang penting bagi seorang anak adalah mendoakan emaknya sentiasa sihat dan panjang umur.

Kol mak malam tu :-
Aku : Assalamualaikum mak..Mak! selamat hari ibu..
Mak : Terima kasih. Apa ucapannya..
Aku : emm semoga sihat-sihat selalu (malu-malu nak berkata)
Mak : Itu je ke?
Aku : Ape lagi yer... (tibe-tibe blur padahal banyak nk ucap)
Mak : Laaa doa la mak murah rezeki ke, panjang umur ke..
Aku : Ha! itulah nak cakap tadi..
Mak : Terima kasih yer.
Aku : Sama-sama.

Dan malam itu jugak lebih kurang jam 11 malam saya dilanda alergik yang teruk. Bengkak satu muka, dagu, mata dan mulut. badan usah nak kate lah. Timbul segala gegata. Dan lebih malang stock ubat kehabisan. Memang derita lah malam tu. Tak tidur malam melayan betapa gatalnya. Air garam habis dilumur satu badan tetap tak dapat hilangkan kegatalan tu. Pasrah rasanya. Saya yang merasa dan saya menanggung keseorangan. (akibat suami jauh)..
Ini semua angkara makan ayam di tempat kenduri. Yeah! Mendapatlah saya. Now!! ayam tergolong dalam Alergic List saya. Wuaaaaaa tak mampu bayangkan nak berpisah dengan ayam. Ma feberat!!!!! mak pesan berhentilah dulu makan ayam. Ofismate pula suruh makan ubat cuci darah mungkin ada darah kotor. Ada juga yang suruh bekam. Oh! Terima kasih kerana perihatin terhadap saya. Redha ida. Sabar ida. Allah sedang mengujiku. Semoga saya tabah menjalani kehidupan sehari-hari tanpa suami disisi. Amin Amin.

Sabtu, 11 Mei 2013

Weekend Husband & Wife

Ya! Kami adalah Weekend Husband and Wife.
Suamiku di Tanjung malim, aku di Puchong.
Rasa-rasa happykah hidup sebegini? Tentunya tidak.
Tapi kami sentiasa mencuba untuk bertolak ansur dan saling memahami dengan komitmen masing-masing. Alasan kukuh yang kami akan cakap pada yang akan bertanya :-

 suami dah 10tahun bekerja disana dan aku sudah masyuk kerja disini.
(bukan alasan tapi kenyataan)

So how??
Mungkin detik percintaan selama 4tahun telah sebati didalam diri masing-masing dan membolehkan kami cekal hidup berasingan. Tak semua setuju dengan apa yang berlaku tapi kalau itu sudah diaturkan, kami redha. Kepercayaan dan kasih sayanglah adalah kunci bagi aku dan suami.
Oh! sedih setiap kali berbicara hal ini.
Suamiku,
Aku menjadi kekasihmu pada kamu berusia 26tahun.
Kini kamu sudah 30tahun. Pada umur itulah aku menjadi isteri kamu .
Aku bermohon agar kasih sayang dan cinta mu itu sentiasa untuk diriku walapun kita dipisahkan sebanyak 100km jauhnya.

Ini hadiah untuk hari lahirmu. Walaupun sudah terlewat 5 bulan. Penat berfikir apa lagi yang perlu aku hadiahkan kepadamu. dan jawapannya di dalam bungkusan itu. Lagi. Dan Lagi.