Rabu, 8 Mei 2013

Emak

Kalau anak-anak atau menantu balik kampung,
Mak mesti akan memastikan rumah dalam keadaan bersapu dan mop supaya nampak bersih.
Mak akan memastikan peti ais pulak penuh dengan lauk pauk mentah untuk dimasak nanti.
Mak jugak akan memastikan ubat gigi dan sabun mandi ada dalam bilik air.
Mak jugak akan memastikan bantal dan tilam cukup untuk anak-anak dan menantunya tidur.

Tapi tak semestinya bila mak dah sediakan semua tu anak-anak atau menantu boleh rileks atau makan tidur sahaja. Oh! Nampak kurang bagus disitu. Almaklumlah semuanya sudah terhidang. Balik kampung bukan bermaksud berehat sepanjang masa tapi membantu meringankan kerja mak atau bapak.

Lagi-lagi kalau berpangkat menantu. Huh! Kalau malas dirumah mertua apatah lagi dirumah sendiri. Kalaupun memang ada sifat pemalas, sembunyikanlah sementara.
Kalau bab makan pulak mak pasti akan memasak masakan istimewa tak kira makan pagi atau tengahari ataupun malam. Semuanya kerana mak rindukan suasana ramai-ramai macam dulu.

Bila cuti mula habis, riak muka mak pasti kelihatan sedih. Soalan yang akan ditanya mesti 'bila akan balik lagi'.

Itulah mak saya. Jika aku tak balik kampung dengan suami, aku pasti akan tidur dengan mak. Indah sangat dapat peluk mak ketika mak tidur. Mak pasti akan suruh aku urut-urut badannya sebelum tidur.
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan emak sepertinya. Panjangkanlah umurnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan berpanjangan kepadanya.

Mak, Terima kasih atas segala-galanya. Besar sungguh pengorbanan mak. Sayang mak tiada akhirnya.

Pesanan ikhlas dari aku untuk aku jugak, jangan sesekali lupa memberi ibubapa duit. Kalaupun tak mampu, rm50 atau rm30 pun boleh. Tapi kalau ada lebih, itu lagi bagus. Sebagai ibubapa mereka akan gembira menerima tak kira berapa jumlah kerana bagi mereka, anak-anak masih ingin menghargai jasa mereka ketika mereka membesarkan kita semasa kecil dulu.

Selasa, 7 Mei 2013

Pengalaman Membuang Undi PRU13

Seronok sangat sebab sudah punya pengalaman membuang undi.
Sudah merasai suasana PRU 13. Hangat, panas, terik dan beratur panjang.
Jam 8 pagi sudah berada di sekolah. Ingat paling awal tapi ada yang lagi awal. Masing-masing punya semangat.
Memang happening sangat apabila 6 beradik membuang undi di tempat yang sama.

Aku dan sarah di saluran 5. Memang lancar proses mengundi sebab disini saluran 5 untuk orang yang pertama kali. Tapi kakak aku di saluran 3, memang kene beratur panjang lah. Ini gambar sebelum mengundi.

Pengalaman beratur, check no ic, calit dakwat kekal seperti diatas, dan membuang undi adalah pengalaman yang baru yang tak mungkin dilupa. Debaran terasa bila pen di jari untuk 'tick' pemimpin yang kita mahu. Fuh! Memang sangat berdebar.

Keputusan undian pun semua dah tahu. Yang pasti parlimen di Teluk Intan dimenangi DAP dan Dun pula dimenangi oleh BN. Sama-samalah bersatu. Don't be racist okai. Bukan apa, di laman sosial terutamnya facebook sentiasa tertera status pelbagai info, maklumat, pandangan, komen, fitnah, maki hamun dalam setiap 1 saat. Tanda masyarakat perihatin apa yang berlaku.

Pada yang terlalu fanatik dalam bidang politik, janganlah terlalu taksub. Sederhana sahajalah. Kerana taksub politik juga, boleh hilang saudara, hilang kawan, hilang kepercayaan.

-Saya tak mahu komen banyak kerana ilmu tidak cukup didada untuk bicara tentang politik. Takut mengundang fitnah-

Jumaat, 3 Mei 2013

Petua Hilangkan Gegata

Ha! padanlah muka aku.
Jam 6 petang makan ketam. Memang menjilat jari lah kesedapan ketam itu.
Jam 11 malam ini makannya. Alergik satu badan. Timbul segala gegata. Memang mengaru lah.

Minggu lepas ada google petua hilangkan gegata.
Sapu dengan air garam biarkan dalam 2 minit. Baru bilas atau mandi dengan air yang bersih.
Memang terbukti keberkesanannya. Tinggal separuh garam didapur. Tapi disebabkan garam itu halus, tak rasa plak kekasarannya bila gosok di badan. Kalau dapat garam kasar, tentu puas mengosok kat tempat yang tumbuh gegata.

Memang berkesan. Diulangi semula. Ternyata berkesan.
Dapat tidur dengan nyenyak. Nak lagi berkesan rendam badan kita kat laut. Itu pun kalau rumah dekat dengan pantai atau laut. Air laut kan masin.
Memang ketam tersenarai dalam kategori yang aku tak boleh makan. Tapi aku degil. Teringin kowt!

Hai en. crab, Awak sangat comel, saya dah tak boleh makan awak!!

Khamis, 2 Mei 2013

Pilihan Raya Umum 13

Teruja sangat. Tahun ni adalah tahun pertama kalinya aku layak untuk mengundi.
Tak sabar berada dalam situasi mengundi. Mesti meriah kan.
Beratur ramai-ramai, Serah mykad, Calit dakwat kekal kat jari, Tick pada kotak form pemimpin yang kita suke, Masuk kertas dalam tong dan Balik rumah.

Aku mengundi di sekolah rendah aku SRK Tebok Banjar. Lama sangat dah tak jejak sekolah tu. Mesti banyak perubahan dan bangunan baru. Lagilah tak sabar nak mengundi. Dua dalam satu keterujaan itu.

Ada lagikah replika keris di tempat perhimpunan?
Ada lagikah kolam ikan di hadapan bilik guru?
Ada lagikah pondok di depan kelas?
Ada lagikah biji getah di tepi padang?
Ada lagikah pokok besar yang sekelilingnya simen?

Aku pergi mengundi dengan adik-adikku sekali. Kami bekas pelajar di sekolah rendah yang sama. Tak sabar nak bergambar sakan di sekolah lama. Ouw! Nanti mesti jumpa kawan lama kan yang sebaya. Arr lagilah tak sabar.
PRU 13 kali ini agak meriah kan. Mungkin tahun ni aku layak dan baru aku terasa kebahangannya.
Meriah dengan bendera partinya.
Meriah dengan replika kreatif semua parti.
Meriah jugak lagu mengundi di tv. Aku paling suka lagu Sayangi Selangor. Muziknya menarik.

Apapun harapan aku disini pemimpin yang dah menang tak kira parti apa pun jangan tak nampak muka selepas tu. Itu yang orang tak suka dan seringkali berlaku. Janji sana sini tapi tak tepati. Lagilah orang tak suka. Hargailah jasa rakyat. Yang pasti jangan ada keganasan di hari mengundi. Tak bagus padangan orang dimata dunia. Malaysia kan negara yang aman. Kekalkan lah jati diri anda sebagai manusia yang bertamadun. Peace yo!!

Yang mana pilihan anda pastinya pilihan yang tepat.
Yang pasti undi adalah rahsia kan.
Suami mengundi di kampungnya di Jengka, Pahang.  Balik asing-asing :(