Isnin, 24 Mac 2014

Bermalasan Berdua

Bila tiba hari Jumaat, automatik muka akan berubah. Ceria + saiko= Ceko..hahaha. Sebab nak balik Tgm jumpe laki la. Kate suami isteri hujung minggu kan. I sanggup berkorban tenaga tau balik jumpe laki setiap minggu sampai dah imun tenaga tu. Patutnya lakik yg jumpe i. Tapi tak kisah pun. Dah rumah kami berdua kat Tgm. Takkan nak cari rumah kat Puchong lak lagi. Lau kaya tak pelah cam si Romi (eh! tetiba). Terima kasih Allah, berikan saya kekuatan dan keselamatan yang berpanjangan. Ada hikmah disebalik takdir yang ditentukan.

Ingatkan minggu tu bolehla berjalan-jalan, emmmm!! suami kene kerja sabtu ahad pulak. Makanya, tak de aktiviti lah. Tunggu suami balik kerja dan bermalasan berdua. Ajak basuh kereta, tak nak. Ajak jogging petang kat tasik, tak nak. Haip! dengki punye kaki g hempap kaki saya dah kenapa!

Ini girlfriend die. Asiklah berkepit siang malam pagi petang. Tgh2 malam je tak. Hohoho.. lau x main game, siram pokok cili. Bosan le tu! weekday bini tak ade. Sian b. Tapi weekend, isteri ade tapi kene jadi maid. Kene kemas rumah lah. Mop bagai. Bini pantang tengok sawang. Haish! Memang berpeluh sakan. dah la lame tak bersenam.
Skang saya malas nak pikir pasal nak cari kerja kat Tgm. Semua Bos kat sana pakat nak cari pekerja yang single mingle. Emm dasar!! Jadi cleaner je leh lau dah berkahwin...

Isnin, 17 Mac 2014

Mini Garden Kiedlao

Uit!!
Kiedlao tu ape? Kelo + Ida laaa..

Idea wat mini garden awal Januari 2014, bile suami aku bosan asik kene beli serai n cili api kat kedai runcit berdekatan dengan rumah. Kadang-kadang harge tak masuk akal dan layu sokmo.. So kami plan la tanam serai. Serai ni kawan baik kami yang tanam..(Abg Lee).. kate yer tangan die sejuk..Terbukti tangan die memang sejuk bile serai aku mengemokkan dirinya.

Pokok cili n kunyit plak kami g amik kat umah makcik sedara. Then Kelo pun terus tanam.. Dok cangkul2 sekali ade batang paip bawah tanah tu..nyaris tak berlubang.. Fuh!!

So aku lak g la beli pagar cumel ni kat Daiso.. 1 papan ni RM5.. Ni pun kene beli lagi ni..

Awal January

Awal March

Pasni kami plan nak tanam pokok bunga plak.. Bunga gantung yang pasti dengan bunga rose ke.. Tak sangka Kelo suke bercucuk tanam.. Samelah kite.. Serius!!

Khamis, 13 Mac 2014

Saya On Diet. Ini serius!!

Betul!!
Saya on diet!!
Kisahnya apabila saya masih tak hamil walaupun kami dah berkahwin 1tahun lebih.. Oh! amat sedih rasanya bila kengkawan semua pakat ada baby baru.. second baby.. saya hanya mampu tumpang bahagia n gembira..

Saya berjumpa doktor, doktor cakap rahim saya ok! period saya makin ok! dan doktor sarankan saya kurangkan berat badan yg ideal.. Kurangkan 20kg..Fullstop!! (giler ah!) kenapa banyak sgt tanda seruan!! sebab ianya serius..

Hampir seminggu saya berdiet dari segi pemakanan. mengurangkan kuantiti makanan. kurangkan nasi. lebihkan air masak.

Sarapan : Milo panas Biskut kering
Lunch : Bihun sup atau sup sayur
Dinner : tak makan berat cuma alas perut dgn buah atau biskut kering dan air milo.

Doakan saya mencapai berat ideal agar saya punya baby. Tak mengharap sgt tapi saya percaya rezeki itu ada. Memang saya x putus-putus berdoa pada si Pencipta.. Doa kalian juga mana tahu lebih makbul dari saya. Walaupun kami suami isteri jarak jauh, tapi kami sentiasa berusaha..


Ini homemade punye bihun sup..

Selasa, 18 Februari 2014

Ray-Ban untuk kamu

Ini hadiah birthday dari saya untuk kamu wahai suami. Sorrylah sebab lambat beri. Nampak stylo. Saya suka, saya suka tapiiiii....
Tapi saya yang banyak pakai. Saya pun suka Ray-Ban sunglasses.. Buruk siku.. Cuma pinjam jek :P