Selasa, 18 Februari 2014

Ray-Ban untuk kamu

Ini hadiah birthday dari saya untuk kamu wahai suami. Sorrylah sebab lambat beri. Nampak stylo. Saya suka, saya suka tapiiiii....
Tapi saya yang banyak pakai. Saya pun suka Ray-Ban sunglasses.. Buruk siku.. Cuma pinjam jek :P

Sabtu, 11 Januari 2014

Wedding My Bro

Cerita 15 Disember 2013..
Majlis perkahwinan abang aku..

Ni pic kenduri kat Terengganu. Pic kat Perak tak jumpe plak..kuikui

Bawah ni pic kat rumah aku kat Teluk Intan, Perak. Bab kenduri mmg best jumpe ramai orang tapi bab tenaga... fuh! penat nak giler.. Kami org kuat kenduri.. Disbbkan adik beradik byk ppuan, kami lah lelaki kamilah ppuan.. Dasyat x? Ape guna badan besar lau x kuat..kuikui






Pelamin ni aku yang pilihkan utk abang aku. ganti kedukaan pelamin masa aku kawen dulu. Inilah pelamin impian aku ms kawen dulu, tapi sebab butik tu penipu n kaki auta pasrah jelah..
cantikkan pelamin ni.. Kalau lah aku pengantin ketika ini.. Hahahaha...

Jumaat, 10 Januari 2014

Suprise!!! Birthday Suami Yang Ke 31

Cerita 22 Disember 2013..

Plan yang tak dirancang.. Plan asal, i ajak kwn2 lama dtg Tg Malim nak wat BBQ kat Kalumpang pagi tu.. Mini reunion katakan.. Petang yer baru wat makan-makan sikit untuk memeriahkan majlis hari lahir suami i aka Kelo.. Suami tak tahu pun..

Oreo Ice Cream Cake. Sedap bangat!!

(saya demok! Ade kite kesah )

Suamiku yang sayang kasihi dan hormati, 
Selamat Hari Lahir. Sempena hari lahir B yang lepas genap lah B 31 tahun. 
Doa sayang untuk B setulusnya, 
Agar B sentiasa dibukakan pintu hati untuk lebih mendekatkan diri dgn Allah. 
Agar B sentiasa membahagiakan sayang walau apa jua keadaan. 
Agar B sentiasa menyayangi dan mencintai sayang selamanya. 
Agar B sentiasa dikurnikan kesihatan yg baik dan sempurna. 
Agar B sentiasa dimurahkan rezeki agar hidup kita senang. 
Agar B sentiasa diberikan zuriat yang sihat dan comel. 

 Harapan sayang seikhlasnya, 
Agar B dapat menjadi suami yang bertanggungjawab dan lebih membahagiakan.
 Selamat Hari Lahir B. 


 Tapi sebelum tu kami mandi manda di Kalumpang, Selangor. Happy sgt²..

Laen kali kite buat lagi ek!! Lame tak jumpe korang.

Selasa, 12 November 2013

Happy Anniversary IdaKelo - Pertama Kali

Alhamdulillah. Syukur pada Allah diberikan jodoh yang sempurna. Tarikh keramat 10-11-12 adalah tarikh saat kami diijabkabul. Dan kini 10-11-13 hari ahad, kami akhirnya sudah setahun bergelar suami dan isteri. Doa kami agar kami bahagia berpanjangan, jodoh berkekalan dan dimurahkan rezeki.

Petang tu jugak kami celebrate anniversary kami. Syukur! Walaupun sederhana kami gembira. Sebenarnya keadaan suami ketika ini tak mengizinkan, tak sihat tapi masih ok untuk bersama-sama saya meraikan. Plan hanimun terpakse ditangguhkan disebabkan suami sukar untuk cuti panjang di akhir2 tahun ini. It's ok bEe. Sayang faham.

Saya pakai baju baru, tudung baru.hehe. Peace yo! Tengok muke suami yang tak sihat, nak senyum pun payah. Suh makan ubat tak nak. Yang penting b kite yang punye!
Kalau orang kat Tanjung malim mesti tau kat mane Easy Cafe ni. Cafe yang menyajikan western food. Not bad la rase die.
Tropica Fizz. Air sedap.
Tak silap la name yer Grilled Lamb Chop Salad. Suami tak suke sayur, jadi saya lah yang makan salad tu. Salad die rangup and ade rase manis sikit.

Ni saya punye. Cheese Grilled Chicken Chop with Potato. ok sangat muak dengan cheese.

Sotong goreng aka Calamari. Sedapla. Semua sedap. Harga pun sedap. Hahaha.

Kalian! doakan kami punya zuriat yang soleh dan solehah ya! Sesungguhnya anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Terima kasih suamiku kerana sentiasa sabar melayan kerenah isterimu yang versi anak-anak ini. Sesungguhnya saya beruntung punya suami sabar seperti kamu.