Tak percaya kan??
Betul lah. Ini kali pertama saya makan itik. Saya rasa itik sangat comel untuk dimakan.
Pendapat saya rasa ayam lebih sedap dari itik. Sebab saya peminat tegar ayam. Tapi ada pendapat mengatakan itik lebih berkhasiat dari ayam. Setuju!!
Saya telah melanggar pantang untuk tidak menyentuh makanan yang boleh menyebabkan alergik menyerang. Ya! Saya seorang yang sangat degil bab menjaga makanan. Saya langgar. Malam itu juga saya sudah standby ubat sapu gatal, losyen gatal dan ubat alergik.
Semalam saya ke Restoran Cina Muslim iaitu Mohd Chan Abdullah di Shah Alam Sek 15. Restoran ini rasanya sudah banyak dibuka. Antaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Bangi dan banyak lagi.
Disinilah saya merasa itik panggang, ayam Lemon dan Singkong Tauhu. Itu sahaja. Saya rasa macam banyak. Memang menu disitu banyak dan semuanya melazatkan, tapi cukuplah. Makan 2 orang dalam rm60.00. Kawan saya belanja. Gelak besar. Terima kasih kawan.
Itik Panggang
(sedap tapi sejuk semasa dihidangkan.)
Singkong Tauhu
(Sangat suka tauhu die. sebab tauhu die lain dari lain. tauhu itu warna kuning. lembut dan lembik. sangat sedap. mahu repeat order bila kesini nanti)
Lemon Chicken
(Sedap. Nampak sos kuning. itulah sos lemon.)
Limau Asam Boi
Satu hari mahu ajak suami makan disini. Mahu ajak makan ketam lemak manis. Macam sedap. Lagi sedap kalau suami belanja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan