Rabu, 15 Mei 2013

Jangan Berkawan Dengan Saya

Ye Betul!
Jangan berkawan dengan saya kerana memang saya tak boleh dibuat kawan. Memang saya akui. Mungkin ada juga rakan lama yang mengakuinya.
Sebab itu saya tak punya ramai kawan dari zaman belajar di Politeknik sehingga sekarang. Saya amat memilih kawan. Amat memilih.

Saya ini seorang kawan yang akan meninggalkan kawan lama apabila saya berjumpa kawan yang baru. Nampak keji kan. Tapi tak semualah. Itu sebab pesanan saya, jangan berkawan dengan saya. Saya serius.

Pedulikan apa orang kata.
Zaman sekolah rendah dan menengah memang saya punya ramai kawan. Saya seorang yang berpengaruh. Semua jawatan disekolah saya sebat dengan alasan markah tinggi bila menjawat jawatan dalam bidang kokurikulum. Tapi hakikatnya biasa sahaja. Tapi puas.
Sambung cerita, sehinggakan suatu hari berlaku rebutan antara 2 sahabat untuk menjadikan saya kawan selamanya. Panjang cerita. Tapi akhirnya, perebutan itu berlaku pengkhianatan. Saya redha. Sejak itu saya malas berkawan. Hanya seorang yang menghulur tangan dan menjadi kawan selamanya sehingga kini. Terima Kasih kawan.

Zaman belajar di politeknik. Ketika ini saya seorang yang sombong untuk mencari kawan. Semester pertama saya tinggal di asrama. Rakan sebilik tak mahu berkawan rapat dengan saya kerana dia punya bff sendiri. Saya redha. Memang terasing ketika itu. Sehinggakan semester kedua saya mencari rumah sewa lain.

Rakan sekelas perempuan pula tak suka berkawan dengan saya juga. Ini kerana saya lebih bijak dari mereka. Fakta. Kerana saya lebih gemar berkawan dengan pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih bijak dari saya. Almaklumlah belajar jurusan elektrik dan elektronik.Bayangkan dalam kelas punya 20 lebih pelajar lelaki dan 7 perempuan.
Cerita pasal 7 pelajar perempuan. 5 melayu 2 india. 5 pelajar perempuan melayu. Hari pertama saya hulurkan perkenalan mereka sambut. Kami berkawan berlima. Tapi lama-kelamaan 5 menjadi 4 kerana mereka mula menyisihkan saya. Ini kerana mungkin kerana saya tidak sekepala. Mereka semua sopan santun, mungkin saya gengster. Saya tak tahu itu kesalahan di dalam etika bersahabat?? Mungkin. Mungkin juga 4 lebih afdal berkawan dari 5. Saya redha lagi.

Bermulalah kehidupan saya berseorangan. Sehingga ditegur rakan lelaki dan bertanya apa yang terjadi. Tak perlu jawapan. Mereka pandai mengagak. Terima kasih rakan lelaki itu. Sehingga semester keempat saya masih bersendiri. Saya ke kafetaria sendiri untuk makan. Saya ke perpustakaan sendiri untuk belajar. Saya pergi ke kelas sendiri. Saya pergi ke tandas sendiri. Mulanya saya rasa seperti alien yang turun ke bumi. Lama-kelamaan ianya sebati. Saya boleh keseorangan. Kami akan kembali berlima pun sekiranya ada perkara yang memerlukan khidmat saya sahaja. Saya ikutkan. Walaupun dalam hati pedih kerana diperlakukan sebegini. Tak mengapalah. Sejak dari itu, saya tak mahu sambung belajar lagi. Tak mahu hadapi hal sebegini. Saya mahu bekerja.

Alhamdulillah. Di alam pekerjaan saya punya kawan. Tapi tak ramai sangat. Bagi saya kalau ramai-ramai ada yang menyakitkan hati, untuk apa kan. Walaupun ada pahit manis dalam dunia persahabatan. Tapi yang pasti saya suka berkawan dengan bukan seusia dengan saya. Mereka matang. Saya sukakannya. Itu pasal suami saya 4tahun lebih tua dari saya. Haha tiada kaitan.


Gambar diatas di syarikat telekomunikasi. Rakan-rakan bekerja sekarang.
Dan gambar dibawah di syarikat automotif. Rakan-rakan lama saya.


Maafkan saya rakan-rakan. Itulah saya. Tapi pada yang ingat saya, pasti saya akan ingatnya semula.

Tiada ulasan: