Ini kali pertama saya memasak untuk suami di rumah sendiri. Alhamdulillah. Seronok rasanya menjadi suri rumah di hujung minggu. Memang makan sajalah suamiku. Pagi sabtu suami kerja, saya pula ke pasar pagi seorang. Tak apalah. Demi semangat memasak pergi sajalah. Pagi itu saya berbelanja mencecah rm100. Terkejut tak? Haha. Banyak benda untuk dapur yang masih perlu diisi. Selain barang basah dan kering saya juga membeli kuali, lesung batu dan banyak lagi lah.
Saya geram juga dengan peniaga ikan Cina ini. Asalnya saya ambil 2 ketul ikan sahaja. Tapi bila balik rumah, ada 3 ketul. Haish! Mengambil kesempatan betul. Sungguh keji.
Saya mahu kongsi resepi Asam rebus Ikan Siakap Putih. Mak saya yang ajar. Saya suka masakan ini. Ringkas dan cepat.
Bahan A :
1. Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Cili Padi
(Semua diatas ditumbuk atau diblender)
4. Serbuk kunyit
5. Garam dan gula
Bahan B :
1. Ikan Siakap Putih2. Daun Kesum/ Bunga Kantan
3. Daun Kunyit
4. Asam Keping
5. Tomato
Ini ikan siakap putih
Ini daun kesum, daun kunyit, asam keping dan tomato
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukan bahan A dan masak sehingga naik bau selepas itu masukkan air disertakan sekali sedikit serbuk kunyit untuk nampak kekuningan.
3. Tunggu sehingga menggelegak dan terus masukkan ikan, daun kesum, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah ikan masak masukkan tomato dan daun kunyit.
5. Tadaa dah siap!! Rasa masakan ini masam masam gitu.
Inilah Asam Rebus Ikan Siakap Putih
Inilah lunch kami. Telur dadar adalah wajib untuk suami.
Ini Ikan Ayam. Sebenarnya saya lebih suka meggunakan ikan ayam dari ikan siakap putih ini. Tapi pasar tani Tg malim tak jual. Ikan ayam ini sejenis ikan tau.
1 ulasan:
Poker | Baccarat & Odds | FEBCasino
At FEBCasino, the best place to play online poker and casino games. Try your hand at the หาเงินออนไลน์ most popular and try 카지노 your hand 바카라사이트 at some of the most
Catat Ulasan