Jumaat, 11 April 2014

Posing Habis Lukisan 3D di The Atmosphere Seri Kembangan

Jumaat tadi. Waktu lunch panjang sikit.
Aku dengan kawan (jeje) memang plan nak g tempat ni . Lama dah. Hari ni baru berkesempatan.

Taraaa!! The Atmosphere kat Seri Kembangan. Apa yang best kat sini ialah ada 80 lukisan dinding yang berbentuk 3D yang anda boleh pose dan buat aksi mengikut mural yang dilukis. Macam kami buat ni. Tapi tak semua lah. Sebab banyak. Ini je yang termampu.

Waaaa.. Tulun.. Nak hempap kite!!

Suke ini. Ade mini cooper kat sebelah. Jom jalan²..


 Tembak engkau..

 Tido jap!!



 Tutup pusat. aurat!!


Macam betul je nak naik tangga..

 Makan epal beracun..

Tanjat gugurl ade ikan jos..

 Jom nek motor..vroom vroom..

Nak panjat tapi berat pulak badan kite...

 Berdiri..

Cube nak lompat..

Ok! tak jadi.. mak dah penat. Tudung pun dah tak serupa tudung.
Korang datang la sini.. Kat The Atmosphere Seri Kembangan  bersebelahan Giant. Cari lagi mural yang ade sekitar bangunan ni. Kami jumpe tak sampai 20 mural.

Isnin, 7 April 2014

Hutan Lipur Lentang

Semalam balik dari kampung suami di Jengka, Pahang.
Semalam kami layan jalan dalam jek. malas lalu highway. Panas gile.
Tapi pas pekena Vanilla Coke air peberet dari zaman skol..sangat-sangat menyegarkan.


Dan sempatlah suami ajak menyinggah kat Hutan Lipur Lentang. Not bad lah. Lau ade anak-anak syiok lah ajak mandi manda. Ni kami berdua jek. Tak de aktiviti yang sesuai. Usha orang mandi dan makan eskrem roti. Pastu balik.



Isnin, 24 Mac 2014

Baby

Hari ni usia perkahwinan kami 1tahun 4bulan 2minggu.
Kami masih belum punya baby atau anak.
Tapi aku bersyukur punya suami yang tak pernah argue soal anak. Dia tak pernah merungut. Tak pernah la nak sakitkan hati aku soal anak. Walaupun semua kawan² aku tau yang Kelo sangat suka budak², lagilah aku emo bila aku tengok happy ye Kelo dapat pegang n main dgn budak.
Sob! Sob!

Mak bapak aku tak pernah langsung tanya bila aku nak ada anak. Bapak mertua aku pun same. Tak pernah nak tanya. Diorg memahami. Sebab tu kan semua keje Allah. Mana la nak tahu. Tapi saudara mara aku memang banyak tanya. Kakak² aku pun. Haish! Sampai sentap aku dibuatnya. 

Aku selalu cakap kat Kelo. B, bila lah kita nak ade anak?. Jawapan terbaik yang Kelo selalu bagi:

" belum ade rezeki lagi sayang, orang lain lagi lama dari kite"

Ye aku faham. Memang rezeki. Awal-awal dulu memang aku asyik emo bila sorang-sorang kawan aku pregnant. Ada yang nak masuk anak kedua. Yang kawen same date dengan aku pun nak rancang anak kedua. Waaaaaa.. manalah aku tak emo sangat tau..

Muke sedih + emo sikit. Still cute.

Tapi sekarang, aku dah boleh terima. Mungkin Allah ada aturkan sesuatu yang lebih indah untuk aku. Doakan untuk mendapatkan zuriat tak pernah putus dalam solatku. Sekarang aku nak fokus untuk turunkan berat badan. Mungkin itu salah satu perkara yang boleh buat aku hamil. Mungkin. Tak pe mencuba sambil menjaga kesihatan. 

Sekarang saya dah okey lah. Saya tak mau stress. Ceria selalu. Lantak korang lah nak cakap ape. Tak mau amik hati, tak mau sentap. Takpe. Rahsia Allah tu kan pasti. Mungkin sebab kami jarak jauh, Allah tak nak susahkan aku sorang². Mungkin. Oklah. Aku okey! Buwek.

Psst!! Kalau saya ada anak perempuan nanti saya nak letak nama die 
Mika Shezan Binti Mohamad Khairul.

Bermalasan Berdua

Bila tiba hari Jumaat, automatik muka akan berubah. Ceria + saiko= Ceko..hahaha. Sebab nak balik Tgm jumpe laki la. Kate suami isteri hujung minggu kan. I sanggup berkorban tenaga tau balik jumpe laki setiap minggu sampai dah imun tenaga tu. Patutnya lakik yg jumpe i. Tapi tak kisah pun. Dah rumah kami berdua kat Tgm. Takkan nak cari rumah kat Puchong lak lagi. Lau kaya tak pelah cam si Romi (eh! tetiba). Terima kasih Allah, berikan saya kekuatan dan keselamatan yang berpanjangan. Ada hikmah disebalik takdir yang ditentukan.

Ingatkan minggu tu bolehla berjalan-jalan, emmmm!! suami kene kerja sabtu ahad pulak. Makanya, tak de aktiviti lah. Tunggu suami balik kerja dan bermalasan berdua. Ajak basuh kereta, tak nak. Ajak jogging petang kat tasik, tak nak. Haip! dengki punye kaki g hempap kaki saya dah kenapa!

Ini girlfriend die. Asiklah berkepit siang malam pagi petang. Tgh2 malam je tak. Hohoho.. lau x main game, siram pokok cili. Bosan le tu! weekday bini tak ade. Sian b. Tapi weekend, isteri ade tapi kene jadi maid. Kene kemas rumah lah. Mop bagai. Bini pantang tengok sawang. Haish! Memang berpeluh sakan. dah la lame tak bersenam.
Skang saya malas nak pikir pasal nak cari kerja kat Tgm. Semua Bos kat sana pakat nak cari pekerja yang single mingle. Emm dasar!! Jadi cleaner je leh lau dah berkahwin...