Isnin, 24 Mac 2014

Baby

Hari ni usia perkahwinan kami 1tahun 4bulan 2minggu.
Kami masih belum punya baby atau anak.
Tapi aku bersyukur punya suami yang tak pernah argue soal anak. Dia tak pernah merungut. Tak pernah la nak sakitkan hati aku soal anak. Walaupun semua kawan² aku tau yang Kelo sangat suka budak², lagilah aku emo bila aku tengok happy ye Kelo dapat pegang n main dgn budak.
Sob! Sob!

Mak bapak aku tak pernah langsung tanya bila aku nak ada anak. Bapak mertua aku pun same. Tak pernah nak tanya. Diorg memahami. Sebab tu kan semua keje Allah. Mana la nak tahu. Tapi saudara mara aku memang banyak tanya. Kakak² aku pun. Haish! Sampai sentap aku dibuatnya. 

Aku selalu cakap kat Kelo. B, bila lah kita nak ade anak?. Jawapan terbaik yang Kelo selalu bagi:

" belum ade rezeki lagi sayang, orang lain lagi lama dari kite"

Ye aku faham. Memang rezeki. Awal-awal dulu memang aku asyik emo bila sorang-sorang kawan aku pregnant. Ada yang nak masuk anak kedua. Yang kawen same date dengan aku pun nak rancang anak kedua. Waaaaaa.. manalah aku tak emo sangat tau..

Muke sedih + emo sikit. Still cute.

Tapi sekarang, aku dah boleh terima. Mungkin Allah ada aturkan sesuatu yang lebih indah untuk aku. Doakan untuk mendapatkan zuriat tak pernah putus dalam solatku. Sekarang aku nak fokus untuk turunkan berat badan. Mungkin itu salah satu perkara yang boleh buat aku hamil. Mungkin. Tak pe mencuba sambil menjaga kesihatan. 

Sekarang saya dah okey lah. Saya tak mau stress. Ceria selalu. Lantak korang lah nak cakap ape. Tak mau amik hati, tak mau sentap. Takpe. Rahsia Allah tu kan pasti. Mungkin sebab kami jarak jauh, Allah tak nak susahkan aku sorang². Mungkin. Oklah. Aku okey! Buwek.

Psst!! Kalau saya ada anak perempuan nanti saya nak letak nama die 
Mika Shezan Binti Mohamad Khairul.

1 ulasan:

Unknown berkata...

xfaham dgn org yg selalu bertanya pasal anak ni..